KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday, 27 June 2012

Jelly Kelapa


Assalamualaikum semua....
Tengah wat apa yer ibu2 skrang...
Kalau yang suri umh tu mesti sibuk masak untuk lunch ni..
Yang bekerja macam aku plk sibuk ngn kerja la yer smbil mata dok lirik2 tgk jam bila nk lunch ni...
Jelly kelapa ni menu ari minggu ari  tu...
Air kelapa yang takhabis...
Isi plk ckit sbb muda sgt la lagi kelapa nih...
Jelly kelapa nih sajer jer mengikut resepi K.Nor 




1 paket agar2 serbuk 
2 biji kelapa muda
isi kelapa muda
8 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
2 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

Friday, 22 June 2012

Mee Basah


Aku ni memang jarang masak mee sbb tak suka sgt..
Kadang2 makan terasa mee tu cm pahit2 ckit tu yang xnk tu..
Semalam singgah jap kat Econsave kat area opis ni beli pampers si Sydi..
Jalan punya jalan tgk mee..nk ambk x? Nak ambk x?..
Last2 selamat dh dlm peyuttt pagi nih...
En Hubby ckp sedap jgk mama goreng mee...Ingatkan xpandai...
Hellllooooooooo dia xtau lagi cmne penangan bini dia ni masak...
Ecehhh berlagak la...Watnya dia suh wat kek lapis sarawak tu...
Terbongkang terus aku kt dapur tu..
K dah cm karangan plk dh ni..
K layan resepi yer..

bahan-bahan:

1 paket mee telur 
2 keping fish cake ~~ dihiris
udang segar ~~ dibersihkan
3 sudu besar cili boh
5 bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
garam & gula secukup rasa


cara-cara : 

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau kemudian masukkan cili boh. Goreng sekejap jer..
2. Tambah sos tiram, sos tomato dan kicap.
3. Kemudian masukkan fish cake dan udang .
4. Akhir sekali masukkan mee. Gaul sehingga rata . Angkat dan sedia dihidangkan



Tuesday, 19 June 2012

Daging Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum semua...
Cuaca membimbangkan betul sekarang..
Tebal betul sekarang yer..
Nak bawak si kecik tu kuar jalan2 pun takut..
Balik semalam igtkan malas nk masak..
Tengok2 sepupu En Hubby dtg umh dan tido situ..
So kena la jgk masak..
Bila selalu dok dapur ni kdg2 blur gk taktau nk masak ape..
Resepi dlm list bukan main panjang lagi beratur..
Tapi kena ada mood baru best..
Jadi layan la lauk semalam ambk dr 
Lawan plk ngn ikan masin dan sambal daging goreng yang mak sedara En Hubby kirimkan..

Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
15 Cili Padi – blend
2cm Kunyit hidup – blend
1 helai Daun kunyit
2btg Serai-diketuk
2 biji Ubi kentang 
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Masakkan ayam dan cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan . Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila  santan dah mendidih masukkan asam keping, ubi kentang, santan pekat, serai dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.

Monday, 18 June 2012

Lempeng


Sekarang busy betul ngn keja..
Sampai xde masa nk berblog bagai...
Lempeng ni aku cicah ngn sardin semalam jer...


Bahan-bahan ::


2 gelas air
4 cawan tepung
garam secukup rasa


Cara-cara ::

Bancuh sume bahan-bahan tadi dan gaul rata. Kemudian buat la jdi lempeng..Senang sesangat la kan..





Monday, 11 June 2012

Bawal Berlada Ala Thai


Ni plak menu lunch semalam...
Aku lupa plak aku tengok kt umh sapa hari tu..
Masa nak masak plk ingat2 lupa bahan dia..

Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal
3 helai daun limau purut - di hiris
2 batang serai - di hiris
1 biji air limau nipis
sedikit cili boh
3 biji bawang merah - di hiris
2 biji bawang putih - di hiris
1cm halia - di hiris
1cm lengkuas - dihiris

- Ikan di goreng garing. Angkar dan ketepikan.
- Tumiskan semua bahan yang di hiris.
- Masukkan cili boh dan sedikit air. Gaul seketika dan masukkan air limau nipis..
- Kacau sehingga masak. Angkat dan tuang ke atas ikan tadi



Daging Balado Basah


Resepi ni aku jumpa masa dok godek-godek kt dapur Kak Aiyu..
Dia plak ambk dr umh Kak Ummi Home Sweet Home..
So skrang smpai plk kt umh aku...

Bahan-bahan:-

·                     500 gm daging batang pinang
·                     1/2 - 1 sk. garam
·                     1/8 sk. serbuk kunyit
·                     4 ulas bawang putih - tumbuk halus - aku plak hiris nipis-nipis
·                     500 ml air
·                     Minyak untuk goreng
·                     1 sudu besar jus limau nipis


Bahan Ditumbuk Kasar:-
·                     250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4 tangkai cili padi merah)
·                     150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
·                     1/2 - 1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
1.                  Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2.             Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk. Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3.             Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..) Angkat dan toskan.
4.             Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebihkurang 150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan pecah minyak.
5.             Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan matikan api.
6.             Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.


Friday, 8 June 2012

Ikan Kerisi Masak Kicap


Assalamualaikum semua...
Salam pagi jumaat yer semua..
K la ni nak tayang lauk semalam..
Kuahnya kurang la plk..
Kacang tu sajer jer tmbah sebab dh tggal ckit jer..
Nak goreng pun xckup...
Tu jer yang ada...


Bahan-Bahan: 
2 ekor ikan kerisi 
kicap pekat manis 
4 sb sos tomato 
1/2 labu bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris 
1 inci halia - dihiris
1
biji cili merah - di hirs
3 urat kacang panjang - (betul ke guna urat ek..hehehe)
Cara: 
- Gorengkan saperti biasa. Angkat dan ketepikan 
- Masukkan bahan yg dihiriskan dan kacang panjang.Kacau rata. 
- Masukkan kicap, sos tomato dan kacau rata. 
- Tuangkan kuah atas ikan didalam pinggan dan hidangkan.
 




Thursday, 7 June 2012

Kari Daging


Ni plak menu semalam punya...
Tapi ikut ada jer stok kat umh ni yer..
Tak boleh nk membebel panjang dah..
Bos dah masuk opis..
layan jer resepi ok..


Sumber : Chef Hanieliza
Bahan2
  1. 1 kilo daging
  2. 2 sb cili kisar
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 4 ulas bawang putih*
  5. 1/2 jari halia*
  6. 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  7. 1 batang serai - dititik
  8. 2 lembar daun kari
  9. sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  10. 3 biji kentang - dibelah 4
  11. 3 biji tomato - dibelah 4
  12. 2 batang lada hijau - dibelah 2
  13. 1/2 cawan kerisik
  14. 1 keping asam gelugur
  15. garam secukup rasa
  16. minyak masak - untuk menumis
  17. 1/2 biji bawang besar - dihiris
  18. 2 ulas bawang putih - dihiris
  19. air secukupnya utk kuah
Cara2
  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar, penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk...
  4. Masukkan kentang. Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  5. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min.
  6. Siap untuk dihidangkan.



Kek Batik Sememeh


Balik kampung baru ni smbil g kenduri ajak la En Hubby g shopping dkt Bukit Bunga...
Selalunya aku selalu g seberang jer Mundok..
Tapi sekarang dh takbleh masuk sana xtau la kenapa..
So situ jer la tmpat beli barang yang orang kirim..
Yer la dh namanya kampung dekat2 ngn sempadan Thailand kan..
Borong sakan la kalau balik..
Dengan buah2an la, toto ngn cadar la, keropok bagai la..
Ngah dok tinjau-tinjau tu jumpa la set loyang...
Excited la mintk ngn En Hubby mana tau bleh ker aku blajar bikin kek...
Dia cakap ambk jer la..murah ok..
Ni la set loyang yang sempat aku kebas tu..
En Hubby cakap kalau tak jadi lagi kek taktau la..Hukhukhuk..


Jadi sebagai sesi merasmikan loyang ni..
Aku pun cuba la buat kek batik..
Nak buat kek yang kebabommm tu rilek dulu..
Testing kek batik jer la dulu...
Resepi plk aku ambk kt sini...
Sedap memang sedap walaupun rupa dia sememeh jer..
Tapi takper tunggu la bila dh banyakx buat nanti..
Konpem kebabommm punya...(berlagak la ckit..suntik semangat ni)..



Bahan-bahan : 
  • 300 gram biskut marie - dipatah 4
  • 200 gram milo
  • 250 gram susu pekat
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar planta / butter
Cara membuat : 
  • Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie
  • Kacau hingga semua bahan sebati 
  • Gunakan api yang paling kecil
  • Kacau lagi hingga bancuhan coklat menjadi pekat
  • Bila bancuhan dah jadi pekat dan likat, masukkan biskut marie
  • Kacau lagi hingga biskut tersalut dengan coklat (hati-hati semasa mengaul, jangan sampai biskut hancur)
  • Curahkan kek batik ke dalam loyang yang telah disalut dengan kertas minyak atau plastik 
  • Ratakan dan tekan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat
  • Masukkan dalam peti ais atau pun biarkan ia sejuk barulah buleh di potong - kalau disejukkan semalaman dalam peti ais akan memberikan hasil yang memuaskan



Wednesday, 6 June 2012

Kari Sotong Dengan Bebola Ikan


Assalamualaikum semua....
Selamat hari Rabu yer...
Hari ni just nak masukkan n3 menu-menu yang terlepas...
Maklumlah dh seminggu balik kampung...
Kenduri bukan main byk lagi...
Satu hari ada 4 kenduri..nak pecah perut di buatnya....
K la menu ni dh lama dh buatnya..dh lupa pun harinya,...
Dah basi pun...erkkk bukan setakat basi dh jadi baja dh pun...
Tapi memang la sedap k...selera jer bila makan...
Kari sotong ni aku buat atas permintaan En Hubby...
Resepi plak ambk dekat Kak Nannie . TQ yer akak.
Tapi aku sajer jer tambah fishball ni..sebab tgk ada ckit jer lagi...
Campak jer la sekali..



BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat
7 biji fishball
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji lada merah
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan fishball terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .