KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 25 September 2017

Nasi Oren dan Limau Grilled Rosemary Chicken


Pestime masak nasi oren ni...
Tapi color orenku tak menyerlah sbb aku tak letak pewarna..
Juz jus oren saja...
Dok tergoda tengok orang tayang...
Tapi siyes mmg sedap...
Memang lepas ni boleh cuba lagi...

SUMBER : zachoes

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - ku guna 1C je, untuk sekali makan je
3 biji bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
50gm mentega - ku guna 2sb
2 sudu makan jus oren - ku guna perahan jus dari 2 biji limau sunkist + air hingga cukup 1C + 1/2C
3 sudu makan stok ayam bersama dengan air (jadikan 4 cawan) - tak letak, tengah pantang bab MSG ni. Boleh guna air rebusan ayam/daging
1 biji buah oren - ku guna 2 biji oren Sunkist yang diparut kulitnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya -  tak letak
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning - tak letak, nak guna warna asli oren
* Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis - saya pun
Secubit serbuk kulit kayu manis - ku letak

Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah, putih, dan serbuk kulit kayu manis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren serta parutan kulit limau ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam, lada sulah, dan kismis secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8 Sedia dihidangkan.






Nasi oren tu aku makan ngan ayam ni..
Tapi aku guna ayam kampung...
Nasib baik la ayam ni tak keras..
Lembut elok jer..
Maybe sebab ayam dara lagi kot...

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam
2sb butter
olive oil/minyak masak
2 peha ayam

Cara:
Lumur semua bahan pada peha ayam. Perap sejam (ku perap 30 minit je sebab nak cepat). Bakar dalam oven api atas-bawah, 200-220C selama 30-40 minit atau hingga ayam kelihatan garing dan masak.

P/S: Kalau nak tambah lain-lain bahan boleh je..ikut selera masing-masing.


No comments:

Post a Comment