KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 28 September 2017

Daging Kicap Berkerisik...


Pestime masak daging kicap versi ni...
Versi letak kerisik punya..
Selama ni kicap biasa saja...
Sedap rupanya..
En Asben siap makan bertambah..
Rusydi pun suka...
Dia kalau lauk cmni suka la..
Lauk masak merah...

Resepi ni tengok kat dapur Kak Dayang..
Kak Dayang guna ayam..
Aku guna daging..sbb daging korban ada lgi...
Ni balance yang perhabisan...hahaha

SUMBER : Dayang Jack

bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara-cara :
Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh. 

Wednesday, 27 September 2017

Kek Alunan Kasih..


Semalam kemain rajin...
Siap buat kek korang weii..
Kek pulak alunan kasih...
Main color2...
Hasilnya...
Tadaaaa......

SUMBER : DayangJack

Bahan:

5 Biji Telur (DJ guna gred telur gred A)
1 ½ cwn Planta atau (250g) (DJ guna 200g butter dan 50g marjerin)
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (DJ guna 1 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair** (DJ guna 3/4 cawan susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..) (DJ guna pandan paste, strawberry emulco dan pewarna)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Pengalaman sendiri : 
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.







Tuesday, 26 September 2017

Bubur Quacker Oat..


Pestime masak bubur quacker oat ni...
Tengok budak opis ni makan ritu cm best...
Sekali google resepi sbb cm sedap...
Sesekali makan makanan sihat kan...
memang tak rugi cuba..
all pren...
shud try yer...

Bahan-bahan
2 sudu makan minyak zaitun
1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil bawang putih dikisar/dipotong dadu
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit isi ayam (bahagian dada) dipotong kecil
sedikit mix vege
2 cawan Quaker Oats
4 cawan air panas
2-3 titik minyak bijan
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
Sediakan Quaker Oats di dalam mangkuk dan tuangkan air panas ke dalam Oats.. Kacau rata hingga oats kembang.  Kemudian panaskan minyak zaitun dan tumis halia, bawang putih hingga harum.. Kemudian masukkan isi ayam dan mix vege gaul rata sehingga ayam masak. Masukkan bancuhan Quaker Oats dan kacau rata.. Jika terlalu pekat boleh masukkan air dan kacau rata.. masukkan lada sulah dan sedikit minyak bijan.  Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk.. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Monday, 25 September 2017

Nasi Oren dan Limau Grilled Rosemary Chicken


Pestime masak nasi oren ni...
Tapi color orenku tak menyerlah sbb aku tak letak pewarna..
Juz jus oren saja...
Dok tergoda tengok orang tayang...
Tapi siyes mmg sedap...
Memang lepas ni boleh cuba lagi...

SUMBER : zachoes

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - ku guna 1C je, untuk sekali makan je
3 biji bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
50gm mentega - ku guna 2sb
2 sudu makan jus oren - ku guna perahan jus dari 2 biji limau sunkist + air hingga cukup 1C + 1/2C
3 sudu makan stok ayam bersama dengan air (jadikan 4 cawan) - tak letak, tengah pantang bab MSG ni. Boleh guna air rebusan ayam/daging
1 biji buah oren - ku guna 2 biji oren Sunkist yang diparut kulitnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya -  tak letak
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning - tak letak, nak guna warna asli oren
* Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis - saya pun
Secubit serbuk kulit kayu manis - ku letak

Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah, putih, dan serbuk kulit kayu manis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren serta parutan kulit limau ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam, lada sulah, dan kismis secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8 Sedia dihidangkan.






Nasi oren tu aku makan ngan ayam ni..
Tapi aku guna ayam kampung...
Nasib baik la ayam ni tak keras..
Lembut elok jer..
Maybe sebab ayam dara lagi kot...

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam
2sb butter
olive oil/minyak masak
2 peha ayam

Cara:
Lumur semua bahan pada peha ayam. Perap sejam (ku perap 30 minit je sebab nak cepat). Bakar dalam oven api atas-bawah, 200-220C selama 30-40 minit atau hingga ayam kelihatan garing dan masak.

P/S: Kalau nak tambah lain-lain bahan boleh je..ikut selera masing-masing.


Monday, 18 September 2017

American Chocolate Cake....



Tadaa.....
hari ni i bukak pintu umah dengan kek tau...
Cepat2 ambik pinggan semua...
Dah la bukan selalu i nak membaking tau...
Ikut mood...
Dah la mood memanjang swing...Hahahaha...



Dah membaking gigih plk i ambik gambar ko...
Memang tak lawa mana la kan..
Dah la pakai henpon murah jer...


Sedap weiii...
Habis la berat den nanti..
Berkilo la naik/./
Ada aku kesah kan!!!!
Makan naik, tak makan pun naik..
So kita makan jer la dr seksa batin tau...


SUMBER : zachoes


Loyang 8" bulat ketinggian minima 2" 
(bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco (UPDATE 9 SEPT 2011: bukan 1sb tapi 1/2sb)
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter- keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - boleh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.

Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat (ada la dalam 5 minit kot, maksimum speed).
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata (stage ini adunan akan kelihatan sedikit curdled macam yoghurt).
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang dan telah digris dengan butter serta dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan ia juga digris sedikit dengan butter untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache atau suka hati.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

Thursday, 14 September 2017

Sup Pasta...


Sebenarnya sup pasta ni untuk anak2 jer..
Yerla budak 2org ni mmg tekak omputeh..
So semalam dinner jadi menu ni...
Yang mamanya nak kick tu dia...
Sambal kicap...
Hahhahaa....


Bahan Utama:-
300 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
10 ekor udang
1/2 cawan mix vege
5 biji tauhu
4 biji telur
2 liter air
2 kiub pati ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
4 ulas bawang merah kecil, dihirs halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Sambal kicap
Limau nipis

Cara membuatnya:-
Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan mix vege, kacau dan tuang air. Masukkan kiub ayam dan biar masak dgn api sederhana.
Masukkan udang, tauhu telur dan serbuk lada hitam. Bila mendidih perasakan dgn garam. 
PENYEDIAAN PASTA:- Dalam mangkuk, isi pasta dan tuang kuah dgn isi2nya sekali. Hias dgn bahan2 hias sebelum dihidangkan. 


Tuesday, 12 September 2017

Kepah Masam Manis...


Ini salah satu peberet Rusydi..
Rusydi ni suka betul makan seafood..
Sebijik perangai papanya...
Jenis2 bercengkerang ni lagi la..
Kerang, lala, kepah spesis2 cmni la..
Cuma siput sedut jer aku rasa dia belum makan...
Hhihiih..
Selalunya benda cmni..
Sibuk meratah jer...
Makan nasi ngn lauk lain dulu..
Yang ni last sekali..
Sebab semua nak meratah..
Hhihiihh...

Bahan-Bahan

1 kg kepah
2 sudu besar cili kisar
1/2 cwn sos tomato
1/2 cwn sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 biji tomato-dipotong dadu
sedikit daun sup/ daun bawang
minyak masak secukupnya

Bahan Hiris
10 biji cili padi merah
1 labu bwng besar
3 ulas bwng putih

Cara Memasak
Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
Masukkan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan kepah. 
Gaul rata dan bila masak bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup/ daun bawang.


Monday, 11 September 2017

Memasak Dengan Group Tupperware Brands..


Semalam sesi masak lagi...
Hahahaha....
Semalam ni team aku...
Menu kitaorang semalam..
Ketayap rose ngn millie crepe coklat...



yeyyy yeyyy dapat no2...
Tak sia-sia i lembutkan tangan balut ketayap jadi rose nih...
Tapi siyes...bila guna pan tupperware ni...
Memang cepat..
Dah la tak melekat...
dah la langsung tak guna minyak...



Hasil kitaorang semalam...
Hampir parkinson aku tau nak lipat rose ni...
Yer la..,dah la jari keras kematu...
Hahahhaa...

ni team lain jgk...lupa apa namanya..hihih
team lain jgk...lupa nama apa...tp itu puyuh...sedap....
millie crepe coklat...ni pun kitaorg punya team jgk..

ni menu team lain...apam balik katanya...

ni team lain jgk....kerabu bunga kantan....pestime try....sedap rupanya....

ni pun lupa...apa nama entah..

ni pun lupa apa nama....ayam serai kot....



Saper nak join team Tupperware...
Siyes Best....











Lemak Fucuk Berserai....


Masak lemak camni jer utk bebudak nih...
Simple je kan...
Dah malas nak masak...
Pastu goreng ikan..
Tambah pulak ulam ngn sambal belacan..
fuhhh mabeles,...
Lauk simple cmni pun bleh tambah makan nasi..
Ko rasa??? cmne nak kurus..

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram fucuk @ tauhu kering, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1/4 biji kobis, hiris kasar, cuci dan toskan
1/2 batang lobah merah, potong bentuk jejari
1/2 cekek soo hoon, kerat kasar2 dan rendam
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar udang kering, cuci dan tumbuk kasar
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan santan cair, udang kering, bawang besar, bawang putih, serai dan juga lobak merah, kacau dan masak hingga mendidih, masukkan fucuk dan biar mendidih perlahan hingga fucuk lembut.
Masukkan kobis dan soo hoon, tuang pati santan dan kacau rata. Masak dengan api kecil, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masih..

Wednesday, 6 September 2017

Daging Masak Kicap Bercili...


Baru lepas raya haji kan..
Daging korban pun banyak la...
Sana sini menu daging..
Rumah aku pun tak nak kalah...
Ni menu kat umah aku plak...
Bebudak ni suka la klu cmni..
Aku pulak dok meratah jer la...
Sepinggan pun tak ckup klu meratah..hihihi...

Bahan bahan: 
Daging 
1 labu bawang besar - hiris bulat 
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai 
Lada hitam - tumbuk kasar 
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 

Bahan sos: 
Kicap pekat 
Kicap manis 
Sos tomato
Sos tiram 

Bahan bahan kisar: 
1/2 labu bawang besar 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 

Cara-cara : 
Rebus daging sampai empuk.
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. 
Kacau hingga sebati. Masukkan air. Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, 
bawang besar. 
Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.  


Tuesday, 5 September 2017

Puding Roti Marble...


Bila ada jer roti nak expired..
Ni la hasilanya..
Nak bagi lagi cantik...
Layer la cantik2..
Color cantik2...
Macam aku ni malas...
cmni la kejadiannya.,..
Tapi bila dok depan tv...
Makan pulak sejuk-sejuk..
Licin jugak akhirnya...

SUMBER : oven kecil

Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
4 keping roti *
2 biji telur ayam *
1/2 cawan susu pekat manis *
1 tin susu cair (400ml) *
1 sudu teh asen vanilla *
2 sudu besar majerin
2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
1 atau 2 pewarna kesukaan


Cara-cara :
Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.