KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 1 September 2013

Sambal Ikan Keli...


 Semalam memang gantung kuali la aku...
Semalam dok menjajah umah orang wat openhouse...
Semalam jer ada 4buah umah yang aku pergi...
Dan brapa kali jugak la isi perut aku terburai dibuatnya..
Yer la dah kuar siang2..memang aku tak tahan betul kalau kena matahari..
Mengada betul...padahal kulit gelap jer...
Masa pergi umah m.sdara laki aku dia bagi plk ikan keli 10ekor suh wat balik...
5ekor dah jadi sambal ni ha....
Lagi 5ekor simpan dulu dok fikir nak wat apa....
Tengahari tu adik aku tepon dr kampung gtau dh tau ke berita buruk...
Aku cakap berita apa...dh berpeluh2 dah..
Dia cakap adik laki aku excident masa konvoi merdeka ramai2...
Terkujat sekejap aku.cmpur ngn geram..
Yer la hangin betul aku ngn perangai dia sorg tu...
Dah la ikut konvoi xgtau abah aku...
Sekali org call cakap excident 3biji motor sekali...
Dengar mmber2 bgtau tangan ngn perut...lagi la kecut perut aku dengar..
Tapi alhamdulillah calar2 jer...
Dah la nak ambk SPM tahun ni..pastu sibuk plk dok main motor bagai...
Nasib baik xde kereta..buatnya tergilis..eiiiii Nauzubillah mintak jauh...
Ok lah panjang sangat membebel.....Apapun nak wish SELAMAT HARI MERDEKA!!!


Bahan-bahan
1 kilo ikan sembilang/keli
sedikit kunyit
sedikit garam

Bahan A
1 1/2 genggam cili api
8 ulas bawang
5 ulas  bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan B
2 biji bawang besar-hiris 
1 batang serai ketuk-pilihan 
6 sudu minyak   
2 keping asam keping 
Secukup rasa gula 
Secukup rasa garam 
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara penyediaan
  1. Perap bahan-bahan A dan goreng dengan minyak banyak sehingga ikan garing.
  2. Kisar bahan A dan tumis sehingga harum dan wangi.
  3. Kemudian masukkan serai, bawang besar, asam keping dan tumis sebentar sehingga bawang layu.
  4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Masukkan sedikit air jika terlalu kering dan kacau.
  5. Masukkan ikan dan kacau sehingga rata...

5 comments:

  1. Replies
    1. dh lama tak makan ikan keli smbal cmni..

      Delete
  2. fuyoooo, cedapnya ikan keli berlada tu...dah menitik air liur akk ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe akak...adda dh siap sedia tadah ngn besen dh..hihihihi

      Delete
  3. wa--- ikan keli mmg fav saya !
    sedap3 ;)

    ReplyDelete