KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Saturday 7 September 2013

Puding Roti Berkaramel...


Sedapnya layan anak tekak ngn puding roti karamel cmni...
Dah la sejuk jer kat anak tekak ni...
Tapi jangan la muntah plk tengok gambar aku tu...
Ambik pun guna cmera henpon jer....
Ambik resepi kt umah Akak DjDayang...
Rasa mmg mabeles okey....
Tapi tak la secantik akak kita tu buat....
Aku ni tangan dah la tak berseni..pastu keja nak cepat jer....huhuuh....
Okey la..akak, adda mintk tepek resepi kat sini plak yer....
Nanti bila buat sekali lagi...adda buat cantik ckit pada yg ni okey...hihihiih...


bahan-bahan :
Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda. 

No comments:

Post a Comment