KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 29 July 2012

Sotong Berempah


Opssss sory yer tertayang kan sotong lak ngah2 ari ni...
Ni bukan menu lunch k..
Ni menu sahur tadi..
Actually beli sotong ni pasar malam semalam..
Igtkan nk g beli kuih jer bazar ramadan..
Sekali menghala terus ke pasar malam..
Tgk sotong segar2 la plk..Ambk jer la 5ekor..
Nak masak time berbuka dah tapau nasi kerabu lak kt bazar..
Baliknya dok skodeng dapur kawan2...
Akhirnya berkenan kt sotong ni kt umh Cikmin..
So jdi la menu sahur..





Bahan-bahan :
300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
1 tangkai daun kari
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili / cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dicincang)
4 sb santan pekat / susu cair
garam dan gula secukup rasa
1 sb sos tomato
1 biji hirisan cili merah


Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)






6 comments:

  1. Salam balas kunjungan, salam ramadhan jugak :) mekaseh dtg berkunjung. Kita suke sotong, sbb liat2 gitu benda yg liat2 kenyal2 mmg kita suke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..adda ni semua jenis seafood suka...sedap..

      Delete
  2. Salam ramadhan adda.. tun suka makan sotong masak lama2 sket.hahha.. org len bg tips msk kejap supaya x liat, tun sengaja masak lama biar liat. lama laa ngan kak ika, suka liat2 kenyal ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker baru tau kalau masak kejap sotong ni xliat...waa tips berguna nih..hehehhe...

      Delete
  3. Replies
    1. Seafood ni semua sedap Pak Udak...masak la cmne pun konpem sedap..

      Delete