KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 27 July 2012

Ikan Tongkol Goreng Berempah


Dah berbuka ke semua kawan2...
Ni menu aku hari ni selain sup ayam, budu dan ulam petai...
Ikan tongkol goreng berempah ni aku cedok dr umah Kak Wana Potret Kasih tu la....
Abaikan la mata ikan tongkol aku tu..
Dah jadi kassim selamat lak yer..
Cmne ntah angkat ikan tu mata dah xder dh..
Melekat kt kuali kot..tp cari2 xder...hahahaha..
Aku wat ni versi berkuah ckit sebab suka gaul ngn nasi panas2...
Tang kepala tu mmg En Hubby dh cop awal2..
Dia suka sgt ratah2 kepala ikan ni..
Pada Kak Wana sy mintk copy resepi ni kt sini plk yer..

Sumber : Kak Wana Potret Kasih



1 ekor ikan tongkol sederhana besar ( dibuang perut, dibersihkan dan di potong)
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk kunyit
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu besar sos tiram
5-6 biji cili api ( sebiji-sebiji atau di potong)
1 sudu makan jus limau kasturi
Sedikit gula
Daun Ketumbar
Tomato ( dipotong)

Cara penyediaannya
1. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian di goreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi.
3. Kemudian masukkan sedikit air dan serbuk kari, kacau hingga mendidih.
4. Masukkan sos tiram, jus limau, gula, buah tomato, daun ketumbar serta ikan yang telah digoreng tadi.
5. Sesuaikan rasa dan angkat.





6 comments:

  1. Wah! sedapnya lauk buka puasa... ada sup ayam, budu petai semua... tambah pulak dengan ikan tongkol goreng berempah! Nak tumpang buka puasa di sinilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..bwk nasi lemak pandan tu sekali..makan ramai2..nasi lemak ngn ikan tongkol pun sedap gk ek...kihkih

      Delete
  2. salam.. nak try la nanti.. pakai ikan bawal leh tak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jgn xtry...ikan bawal pun bleh jgk...xde nya mabuk klu makan..hehhehe

      Delete
  3. salam adda..dtg melawat n joint cni plok..ore klate gok ea...

    ReplyDelete