KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Saturday, 24 March 2012

Puding Trifle



ni 1st time aku nk update pasal masak2 & resepi yer...
Sebelum ni aku ambk gmbr jer tp xpernah nk publish...
Maklumlah aku ni mana reti bab masak2 ni...
Ni baru jer nak blaja2 masak...
maklumlah dh ada laki..so kena la jga perut laki..
Dah la laki aku ni kuat mkn...tp badan maintain jer...
So jealous tau....

K puding ni aku wat masa sambut  1st Anniversary kitaorg pada 17 Mar 12 ari tu..
Sebagai pencuci mulut jer la.,..
Tp maindish nya tapau jer la ek....xsempat aku nk masak sbb dok berperang ngn hero nan sorg tu...


Resepi Trifle ni aku ambk dr Teratak Chetam...
Chetam sy mintk copy kt sini yer...



Trifle

Bahan A.
2 kotak London Roll perasa strawberry.

Bahan B
3 cawan susu kotak - sy guna susu ideal
3 camca besar tepung kastad
Beberapa titik esen vanila
3 camca besar gula

Bahan C
1 bungkus jelly perisa strawberry - jenama Nona
2 cawan air mendidih

Bahan D
1 tin buah koktel

Cara
Potong bahan A dan susun dalam bekas plastik.
Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk kecil. Masak atas api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel. Apabila pekat, tutup api.
Bancuh bahan C sehingga gula larut.
Tuang air sirap dari bahan D ke atas kek yang telah disusun. Taburkan sebahagian buah koktel di atas kek. Tuangkan pula bahan B dan ratakan. Tabur sebahagian lagi buah koktel. Biar seketika.

Akhir sekali tuang bahan C dan masukkan dalam peti sejuk. 



kat bawah ni gambar si kecik ngah main sorg2 sementara mama dia sibuk kt dpur menyiapkan puding ni...
papa dia plak kuar konon nya nk bg suprise la....



No comments:

Post a Comment