KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 3 October 2017

Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam.....Rizqi Kena 5 Jahitan




Simple je resepi masak semalam..
Sebabnya budak Rizqi buat hal lagi...
Bulan lepas main otomen ngn Abg Rusydi dia..
Sampai cramp ke apa entah muscle...
Sampai ke hospital..

Malam Ahad ritu dia buat terjunan dari kepala sofa smpai ke simen..
Pecah dahi...
kena 5 jahitan...
Adoiiiii anak-anak ku,...
Korang mmg nak buat mama korang ni darah tinggi ker...
Nak masak pun takde mood dah..

Makan la lauk simple camni...
Lauk camni pun kena pulak ngn kicap...
Ada ulam ngn sambal belacan sodap gak...

SUMBER : Kak Yatie

Bahan-Bahan
1 ekor ayam-potong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
minyak masak secukupnya
2 sudu besar lada hitam-kisar kasar
1 tangkai cili merah*
1 biji ubi kentand potong wedges - goreng dulu
Daun sup secukupnya-hiris halus
2 biji tomato- belah 4
1 labu bawang besar-potong bulat

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Sos
3 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air

Cara Menyediakannya.
Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkan dan hidangkan.
Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.





Sekarang pantang dia dok atas sofa je aku dah menjerit...
Suruh dia dok kat karpet bawah jer..
Bila kat karpet aksi pun bukan main jugak...
Penat la mama ko ni Rizqi oiii...
Nak suruh papa dia buang dah sofa kat umah ni..
Tak payah pakai sofa dah...
Duduk jer semua kat bawah....


2 comments:

  1. Budak2 tgh melasak kan..kadang2 budak2 ni suka menduga mama dia..nampak sedap plak lauk tu

    ReplyDelete
  2. Allah...kasihannya. Takper lah. Strong boy... Dia berani and nak explore. Mama kena jadik wonder woman pulak lepas ni...hehehe.
    Bagus gak idea ni. Mlm ni boleh masak.

    ReplyDelete