KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 10 October 2017

Ayam Blackpepper...



Dah lama tak masak ayam blackpepper...
Sebabnya asyik malas jer nak masak sekarang..hahaha
Sedap makan ngn nasi panas2..


Bahan-bahan 

Ayam
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada hijau
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
1 biji bawang besar potong bulat
minyak utk menggoreng


Cara-cara

1. Goreng ayam yang dilumur kunyit dan garam.
2. Tumiskan bawang besar tadi dengan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada hijau. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. 
3. Masukkan ayam dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

2 comments:

  1. Nampak sedap tu ha..akak pun malas nak masak..x tau la kenapa jadi pemalas plak sekarang

    ReplyDelete
  2. wow. aym blackpepper. tak pnh try la..

    ReplyDelete