Alkisah jadi la kek pisang choc chip ni...
tapi aku tak guna choc chip...
Hari tu dok demo chopper tupperware utk kekawan...
Yang mana nak beli chopper dari tupperware ni..
Boleh wasap i tau...014-7373464...
Sempat lagi mak kan....
Ok sebelum nak buat kek pisang ke cekodok ke lenyek dulu pisang kan...
So aku guna chopper tupperware...
Nampak tak kejadian tuh....
Nak buat puree untuk anak pun boleh...
ok nah tepek sikit resepi kek pisang choc chip ni yer..
SUMBER : Aziah Hasan
Bahan-bahannya:
3/4 cawan mentega ( at room temperature)
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar susu segar
4 biji pisang dilenyek
1 susu kecil baking soda
1 cawan chocolate chips plus extra ( saya tambah lagi untuk tabur di atasnya)
.
Cara membuatnya:
Panaskan oven
Pukul mentega dengan gula sehingga bertukar warna sedikit pucat
Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi
Masukkan susu dan pisang dan pukul lebih kurang 30 saat
Satukan tepung bersama baking soda dan kemudian masukkan ke dalam adunan
Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan spatula/senduk kayu
Taburkan chocolate chips diatas kek dan bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit
###
Teknik membuat kek ini seperti membuat kek mentega. Dalam satu adunan , kita boleh dapat 2 loaf kek. Semasa peringkat memasukkan tepung ke dalam adunan saya lebih suka menggunakan spatula dan menggunakan teknik kaup-balik. Namun begitu menggunakan mixer pun tidak mengapa asalkan pada akhir prosenya, anda menggunakan spatula atau senduk kayu . Kepanasan oven bergantung kepada ketuhar masing-masing. Kek ini senang untuk menjadi warna perang disebabkan taburan coklat chip. Kalau boleh gaul dulu coklat chip bersama tepung sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Ini untuk mengelakkan chocolate chip terkumpul dibahagian bawah kek. Emmm..dan satu lagi taburlah banyak-banyak chocolate chip diatas kek. Ini menjadikan kek cantik dan akan menarik selera anak-anak anda. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment