KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 27 October 2017

Ayam Masak Kicap Manis...



SUMBER : eresepi

BAHAN-BAHAN

– Ketulan ayam yang dah digoreng kunyit
– 1 labu bawang besar, dihiris
– 1 biji cili hidup merah, dihiris
– 1 sudu besar cili kisar
– Sedikit susu pekat manis
– Lada hitam di tumbuk kasar
– Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan Sos

– Kicap pekat
– Kicap manis
– Sos tomato
– Sos tiram
(Secukup rasa)

Bahan Kisar

– 1/2 labu bawang besar
– 6 ulas bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 inci halia

CARA-CARA

1. Panaskan minyak, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Tumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan pula cili kisar, tumis lagi.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
5. Masukkan ayam, gaul bersama sehingga sebati dan masak.

No comments:

Post a Comment