KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 16 May 2017

Mihun Sup Ayam.....



Mihun sup ayam ni memang laku kt umah ni....
kalau dapat kt Rusydi mmg dok ulang2 makan la ni...
Memang kat umah ni memang peberet la semua ni...

Bila buat sup ayam...
Mula la dok suruh nak mihun sup ke...mee ker....
Aku pun apa lagi...
Taruk la sambal kicap byk2...
Fuhhh....berpeluh weiii...

Bahan@ nak buat sup ni pun ringkas jer...
Senang nak masak punya...


SUMBER : kak mas

Bahan - bahan : 
1/2 ekor ayam - potong kecil2 
1/2 batang saleri - dipotong2 
1 kiub ayam 
garam dan gula secukup rasa 

Bahan kisar : 
1 peket rempah sup adabi  
2 biji bawang besar
 2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu besar lada hitam 
1/2 batang batang saleri 

Bahan sampingan : 
mee kuning - dicelur , toskan baun sup , daun bawang bawang goreng 

Cili kicap : - 
Satukan cili padi yang ditumbuk halus + jus limau nipis + kicap manis dalam satu bekas. 

Cara memasak sup : - 
Rebus ayam hingga 1/2 masak, sementara itu tumis bahan - bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan kemudian tuang kedalam rebusan ayam tu, masukkan batang saleri yang dipotong2, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. 
Masak hingga sup tu pekat dan ayam cukup masak. 

Cara menghidang : - Masukkan mee kedalam mangkuk, masukkan daun bawang , daun sup, bawang goreng,tuang kuah sup tadi dan letakkan cili kicap secukup pedas... 



No comments:

Post a Comment