KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 18 May 2017

Mi Oat Goreng....






Makanan sihat kononnya...
Tapi kalau dah tala 2pinggan mana naj sihatnya...
Hahhahaa....

Hari tu saja gatal tangan ambik mi oat ni...
Balik umah dok fikir nak masak apa...
Sampai ke sudah tak tahu nak masak apa..

So pagi ni goreng jer la senang...
Siyes mi ni...makan sikit pun cepat kenyang punya...
Tapi aku biasa la tangki besar....
Siap bertambah bagai....


Bahan
- 1 paket mi oat
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 2 keping fishcake dihiris
- 1 mangkuk cendawan butang
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 4 sudu besar kicap
- 3 pokok sawi di potong
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Masak hingga cili garing.
Kemudian masukkan ayam,fishcake dan cendawan. Kacau sebati. Tambah sedikit air.
Apabila ayam mengecut, masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau lagi. Perisakan dgn garam jika perlu. 
Masukkan batang sawi dan mee yg telah dicelur. Gaul sebati. 
Akhir sekali, masukkan daun sawi. Masak hingga daun sawi layu.
Tutup api. Sedia utk dinikmati.




Image result for mi oat
ni la mi oat yang aku guna

No comments:

Post a Comment