KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday, 31 May 2017

Ayam Cili Kering.....



Menu sahur tadi....
Ayam cili kering....
Rumah ada ayam jer....mmg ayam jer la menu nya...

Dok jenguk resepi orang buat udang...
Lagi nampak sedap....campur lak gajus...
Umah aku ni takde la gajus tu...
Tapi sedap jgk...
Kalau ada gajus lagi sedap agknya...
Krup krap krup krap...

SUMBER : gee

1 cawan gajus 
10 tangkai cili kering (dipotong serong anggaran 1 inci)
5 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia diracik halus 
Garam dan perasa

Sos: 
3 sudu makan sos tomato 
2 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan sos chili 
5 sudu makan kicap manis 
Campurkan semua sos2

Cara-cara :
1. Gaul udang dengan sedikit garam & bawang putih. Goreng garing. 

2. Goreng gajus hingga rangup. 
3. Goreng cili kering.
5. Tumis bawang putih dan halia. 
6. Masukkan sos. Tumis sampai sos pekat sedikit. 
7. Masukkan udang goreng. Gaul sampai sebati. 
8. Masukkan gajus dan lada kering. Gaul dan angkat. 
9. Sedia untuk di ngapppppppppp

Monday, 29 May 2017

Spaghetti Tuna...



Sahur pagi ni layan tekak mast saleh...
Spaghetti Tuna...
Sesekali cuba resepi baru kan...
Sedap jugak ...
Takde la muak sangat...
Versi aku kalau nak makan tabur chili flakes,,,
Yer la kesian budak 2org tu plak...
Buat lebih hantar ke umah bbysitter...
Yer la kesian plk anak aku nanti klu bbysitter tak masak....
tapi selalunya masak la....hahahha
korang bleh cuba ni...
tak rugi punya...
menu berbuka pun ok jgk ni...


SUMBER : zaimieza

1/2 paket spaghetti- Celur sampai empuk.
3 camb olive oil
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
sedikit daun pudina
 1 tin tuna flakes
garam
gula
3-4 keping shitake mushroom
3-4 keping sosej


Hiasan: Fried garlic Parmesan cheese Coarse black pepper

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga garing.
 2. Bila bawang dah garing, masukkan mushroom, sosej dan tuna flakes. Goreng seketika hingga tuna kegaringan.
3. Masukkan spaghetti. Masukkan garam gula secukup rasa dan juga daun pudina.
4. Semasa menghidang taburkan coarse black pepper, Parmesan cheese dan fried garlic. Siap untuk di makan. Selamat mencuba!

Monday, 22 May 2017

Rusydi Sportsday 2017....



Pendaftaran Sportday kul8.30 pagi...
Kul8 aku dah terpacak kat sini...
Nampak x...aku mmg punctual punya org...
Nak elak sesat sebenarnya...hahahhaa....
Nasib sampai awal...dapat tempat duduk depan2....
Senang nak tengok Rusydi....


Rusydi pakai color merah....
So 1family pakai baju color merah...hahhaha



Adik Rizqi la yang paling kuat sorak panggil Abg Sydi dia....



Ini la laki yang paling ensem......hahahha....
Abaikan muka aku berjerawat tu....
menci tau...
Kita natural sudah...xde 360 bagai..hahahha



Tema diorang Allah makes animal aku rasa..
Ada berkaitan dengan binatang...
So Rusydi jadi lebah...hahhaha
Lebah paling ensem hokey...


Rusydi with Teacher Sue...
Principal kat school dia....
Baik orangnya...Lemah lembut...
Macam aku ni tak layak rasanya bukak taska.,..hahhaha...






Ikan Siakap 3 Rasa...




Balik jer dr sportday rusydi semalam....
Dah penat...kebulur...
masak pun kemain laju...
Campak2...
Tengok la siakap 3 rasa ni...
Sayur kemain byk...
sebab tak nak masak sayur punya pasal...hahahhaa


Bahan-Bahan:

Bahan untuk menggoreng ikan:
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:
4 ulas bawang putih, kisar
3 biji bawang merah, kisar
1 inci halia, kisar
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang serai, dititik
6 biji cili padi , dihiris nipis
1 biji cili merah, dihiris nipis
2 sudu besar cili kisar
4 besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
1 batang karot
1 mangkuk bunga kubis
Garam dan gula secukup rasa
Dain bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
Hiasakan dengan daun bawang.


Thursday, 18 May 2017

Mi Oat Goreng....






Makanan sihat kononnya...
Tapi kalau dah tala 2pinggan mana naj sihatnya...
Hahhahaa....

Hari tu saja gatal tangan ambik mi oat ni...
Balik umah dok fikir nak masak apa...
Sampai ke sudah tak tahu nak masak apa..

So pagi ni goreng jer la senang...
Siyes mi ni...makan sikit pun cepat kenyang punya...
Tapi aku biasa la tangki besar....
Siap bertambah bagai....


Bahan
- 1 paket mi oat
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 2 keping fishcake dihiris
- 1 mangkuk cendawan butang
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 4 sudu besar kicap
- 3 pokok sawi di potong
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Masak hingga cili garing.
Kemudian masukkan ayam,fishcake dan cendawan. Kacau sebati. Tambah sedikit air.
Apabila ayam mengecut, masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau lagi. Perisakan dgn garam jika perlu. 
Masukkan batang sawi dan mee yg telah dicelur. Gaul sebati. 
Akhir sekali, masukkan daun sawi. Masak hingga daun sawi layu.
Tutup api. Sedia utk dinikmati.




Image result for mi oat
ni la mi oat yang aku guna

Tuesday, 16 May 2017

Mihun Sup Ayam.....



Mihun sup ayam ni memang laku kt umah ni....
kalau dapat kt Rusydi mmg dok ulang2 makan la ni...
Memang kat umah ni memang peberet la semua ni...

Bila buat sup ayam...
Mula la dok suruh nak mihun sup ke...mee ker....
Aku pun apa lagi...
Taruk la sambal kicap byk2...
Fuhhh....berpeluh weiii...

Bahan@ nak buat sup ni pun ringkas jer...
Senang nak masak punya...


SUMBER : kak mas

Bahan - bahan : 
1/2 ekor ayam - potong kecil2 
1/2 batang saleri - dipotong2 
1 kiub ayam 
garam dan gula secukup rasa 

Bahan kisar : 
1 peket rempah sup adabi  
2 biji bawang besar
 2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu besar lada hitam 
1/2 batang batang saleri 

Bahan sampingan : 
mee kuning - dicelur , toskan baun sup , daun bawang bawang goreng 

Cili kicap : - 
Satukan cili padi yang ditumbuk halus + jus limau nipis + kicap manis dalam satu bekas. 

Cara memasak sup : - 
Rebus ayam hingga 1/2 masak, sementara itu tumis bahan - bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan kemudian tuang kedalam rebusan ayam tu, masukkan batang saleri yang dipotong2, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. 
Masak hingga sup tu pekat dan ayam cukup masak. 

Cara menghidang : - Masukkan mee kedalam mangkuk, masukkan daun bawang , daun sup, bawang goreng,tuang kuah sup tadi dan letakkan cili kicap secukup pedas... 



Thursday, 11 May 2017

Mi kari...






dah lama teringin nak makan mee kari...
Semalam cuti kan...
So merajinkan diri buat....

Haaa aku kalau kat umah ni...
Masak jer berkuah cmni...
memang laku la...
Dok kejap sorg ambik mangkuk...
Kejap2 sambung lagi....

Aku follow resepi sini...
Siyes mmg sedap....
Tak rugi mencuba...

SUMBER : dapur kak jee

bahan2nya:
1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
4 batang serai (diketuk)
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.

Thursday, 4 May 2017

Jalan Jalan Melaka : Bayou Lagoon Waterpark..


Bila mak ngn bapak dah kenyang..
bawak pulak anak bersukaria...
Kebetulan esoknya berday Rizqi..
So mama bg enjoy gumbira awal sehari...


nampak bertapa gumbiranya hero2 ku...
lab u......
Memang semuanya suka berendam...
Mama berendam la jugak...
Tapi banyak dok tepi smbil tengok anak2...


Rusydi mmg suka sgt kalau dapat berendam ni...
adik suka..tp dalam takut2..hihihi...




kat sini pun ada resort dia...
tapi aku xstay sini....
Juz datang main waterpark jer....

dah main puas2...
Balik ni kita makan plk...



Last sekali...
Makan asam pedas lagi...ahahha...
Then terus balik kl...


Nanti kita jumpa lagi yer Melaka..
Tak tahu la bila plk...
Tq jugak buat my friend...
Ain Zulayka a.k.a Andy Juju Ika...haha
Sebab aku siap jadikan dia PA aku wat itinerary...

Yer la dia pulak baru balik dr melaka sebelum tu/./.
So aku suruh dia buatkan utk aku...
Aku follow jer..hahaha...




Jalan Jalan Melaka : Roti Canai Kayu Arang...




Nampak sedap x?????
Waaa siyes dr bandar smpai ke kampung semata2 cari bekpes ni...
Memang ramai orang kat sini...
Sampai jer...dia suggest aku order roti ni...
Aduhh lupa lak namanya...
Nanchos ke apa namanya...
sedap...
Anak2 aku cakap mcm pizza...



Sini roti dia spesial sebab bakar ngn arang...
Roti lembut n garing...siyes sedap...
Memang aku suggest tempat ni kalau korang nak bekpes pagi2...

korang boleh terjah sini yer...
Lot 459, Kampung Bakar Batu Mukim,
Bachang, Melaka
016-661 2434
dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari


Jalan Jalan Melaka : Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung...




Ni la tempat aku dah aim awal2 bila datang Melaka...
Nak makan ikan bakar kat sini...
Aku tgk banyak yg dah datang sini...
So decided ngn asben makan kat sini..
Gerak awal2 dari hotel...
Sebab kalau lambat orang cakap kt sini penuh...
jenuh beratur la...
So dalam kul5 aku dah gerak dr hotel...
Smpai jer tengok dh byk keta parking....

Elok jer sampai dah ada pekerja dia tunjuk meja....
Alhamdullillah...ada lgi beberapa meja kosong...
Bernasib baik ko....
Ada penuh yg orang dah reserve...

So sebab aku yang kena belanja en asben...
Apalagi aku la yg kena pilih lauk..
Aku ni mana la reti nak pilih2 ikan ni...
Selalunya en asben..
So aku suruh jer orang tu pilihkan...ahhaha...
So dia jgk yang suggestkan masak apa....


Haaaa...ni dia ikan siakap...
So dia suggest bahagi dua...
Sebelah masak sweet sour...
Sebelah lagi bakar...
Siyes mmg sedap rupanya....


Ni sebelah lagi bakar...
Cicah sambal kicap....
Opss lupa plak ...
Memang kt sini...
baru je ko duduk..
dah ada orang akan letak nasi lemak...


Nasi lemak camni....
Rusydi ngn papa dia dah makan sorg satu...
Aku relax...diet....
Aku nak telan lauk jer malam  ni....



Ketam ni dia suggest masak telur masin...
Okey la...
ketam ni mmg peberet rusydi...
kalau buat pedas kan kesian lak dekat dia....


Sotong celup tepung memang wajib....
Sotong dia pun sedap....
Rangup....
Ni bleh dikatakan aku makan byk jgk....



Udang masak garlic butter....
Ni bagi adik Rizqi...
Dia mmg suka udang...
Jenuh mama dia ni dok kopek udang untuk Rizqi...
Dah la makan cepat...
Tak menang tangan...



Ni pulak siput buluh masak cili...
Tapi takde la pedas sangat...
Rusydi pun boleh makan...
Aku pun terkejut tgk dia makan benda ni...
Selalunya kalau g steamboat dia xpernah makan...
yang ni kemain banyak....
Makan la nak....memang mama nak banjer korang semua...



Haaa ni dia en asben i...
makan mengalahkan membela hantu raya...
Ni semua mmg kitaorg makan habis....
siyes mmg sedap...
Memang boleh datang lagi...

HARGA?????
Siyes murah okey....
Total semua aku makan...

RM110....
ada la sen2 tp aku xigt....
tp murah la kan..bg aku...
Ada ikan...ketam..udang..sotong...siput buluh...makan nasi lemak...

Opss ngn air kelapa 1jug....

Sesiapa nak makan seafood kt melaka tu...
mmg aku suggest tempat ni...
mmg ramai yg cakap ramai..nanti beratur...

So xnak beratur...kita pergi la awal..xpun reserve....


Balik dah kenyang....
Kita ronda2 plk kt bandar...
Sambil naik beca...






Korang bayangkan la...
dah makan kenyanbg2...
Naik beca plk...
Mesti mengah orang tu nak kayuh...
Hahhahaa....









bengan Rusydi kena naik beca hello kitty...
Dia nak beca otomen...
tapi mama dia pilih hello kitty...
Dia siap cakap...
mama sy boy....mana boleh naik girl punya...
hahhaha...
Ada mama ko ni kesah...hahahha



Jalan-Jalan Melaka : Makan di Perhentian Kuih Kampung..

Dah lama rasanya tak pergi Melaka...
Last rasanya masa Rusydi setahun rasanya...
Sekarang Rusydi dah 6 tahun...hahhaha...

Aku gerak dari umah dalam kul12 tengah hari...
Sampai jer Melaka terus cari kedai nak lunch....
Sebelum tu dah survey dh nak makan dekat 
Perhentian Kuih Kampung Melaka...

Nasib baik senang jer nak cari tempat tu...
Tengok orang kemain ramain...
Ngan kuih muih buat aku rambang mata jer...
Berpinar mata dibuatnya weiii...
Kuih dia pun sedap2...ada la beberap jenis kuih aku beli bwk ke hotel...


So akhirnya order asam pedas ikan pari ngn telur ikan....



Bebudak ni pun suka...'
Rusydi sampai hirup kuah smpai licin....
Murah pun murah....


Memang kuih dia banyak sangat...
Aku nak ambk gambar byk2 kan..malu lak..
Dah la pakai camera tepon cabuk jer...

Perhentian Kuih Kampung ni dekat area  Ujung Pasir...
Menghala ke bandar...
Alaaa klu google senang jer jumpanya.....




Ayam Madu Panggang...





nampak sedap kan....
hahahah....ni la lauk yg dimakan dengan  nasi ketumbar tuh....
Cmni jer sedap...
Aku perap semalam...
Pagi ni aku bakar...
bawak bekal sekali...

SUMBER : intai dapur

Bhn2:

12 ketul kepak ayam - basuh tos
1 s/b serbuk cili
6 s/b madu
2 s/b serbuk lada hitam
1 s/k garam
2 s/b sos tiram

- gaul kepak ayam dgn semua bhn dan perap lebih kurang 5-6 j atau semalaman.
- panaskan oven 170C.
- letak kepak ayam atas dulang yg dilengser minyak dan bakar 15 minit atau hingga masak, sentiasa balik2kan kepak ayam utk masak yg sekata..


Nasi Ketumbar...





Pestime aku cuba buat nasi ketumbar nih...
Bila suruh asben beli daun ketumbar ni cakap nak buat nasi ketumbar..
Terus dia pandang aku pelik...hahaha
Hahaha...lantak la kan...
Nak tak nak...memang dia kena telan gk,,..
Kalau tak makan...gantung kuali sebulan..hahaha..

siyes senang sangat masak nasi ni...
Bila dah siap...sedap rupanya...
Bau wangi2 ketumbar tu...
Takde la macam pelik sgt...
laki ngn anak aku siap bertambah makan...

Makan pulak ngn ayam madu panggang....
sapa teringin nak cuba tu....
cuba cepat...mmg sedap punya....









SUMBER : nurniezza


Bahan-bahan
500g beras3 s/b mentega / minyak sapi dan Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 batang daun ketumbar ( blend halus )
Sedikit garamPewarna hijau
1 kiub ayam


Cara-cara

Basuh beras dan toskan.
Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blend tadi dan secubit garam.
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi.