KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 17 December 2014

Apam Gula Hangus....


Pagi ni adik aku dok bgtau umh kt kg dah banjir...
Air sungai dah naik atas jalan raya...
Nak g mana2 dh xbleh dh....
Kena naik bot...
Kalau kat kg ujan2 cmni...
Dapat la makan apam ni panas2..
Ramai2 ngn adik2...
Syoknya....

SUMBER : Ibu Haiqal

Bahan-bahan 

 2 biji telur 
 1 cawan gula pasir 
 1 cawan air 
 1/2 cawan minyak masak 
 2 sudu besar marjerin  
 2 sudu besar susu pekat 
 1 sudu teh soda bikarbonat.
 1 1/2 cawan tepung gandum. 


Cara-cara :
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. * ibu haiqal guna acuan muffin kecil - masak selama 15 minit
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 


1 comment: