KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 19 December 2014

CHICKEN POT PIE...



Dah lama dok dlm list...
Akhirnya baru dpt bikin....
Buat lebih ckit utk Rusydi bwk g umh bbysitter dia...
Bg dia merasa ngn kawan2 dia....
Aku pun bwk jgk utk bdk2 opis...
Sekali budak opis ni ckp sedap...
Suruh buat lgi,,,,
Memang tak rugi mencuba resepi nih...





SUMBER : Dapur KakJee

Bahan2

1 tin creamy mushroom soup 
1 labu bawang besar di dadu kecil
2 ulas bawang putih di ricik halus
1 keping dada ayam (direbus dan disiat2)
10 ekor udang dibersihkan dan cincang  (Kjee suka2 je letak)
1 batang carrot
1 biji kentang
sedikit lada hitam
1 tin air (tin mushroom soup tadi)
2 sudu besar minyak zaiton (boleh guna minyak apa2)
cheese (optional)
3 keping pastri puff 4x4inci (jenama kawan)
3 biji ramekins saiz 4 inci

CARA

Kentang dan carrot didadu dan rebus bersama dada ayam. Bubuh sedikit garam. Setelah masak, keluarkan ayam dan carik2 atau disiat2kan. Tos carrot dan kentang.
Panaskan minyak zaiton dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sampai layu. 
Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang. Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan carrot. Boleh bubuh frozen peas dan jugak cendawan hiris kalau suka. 
Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom soup. Isikan air dalam tin kosong itu dan tuangkan sekali sampai kacau rata. Biarkan melegak seketika. Taburkan sedikit lada hitam. Tak perlu bubuh garam sebab kalau sudha cukup rasa. Padam api.
Panaskan oven 180 darjah.
Kaupkan bahan2 yang telah masak tadi ke dalam ramekin. Isi sampai penuh. Kemudian taburkan cheese kalau suka. Kjee bubuh ceddar dan parmesan.
Kemudian tutup dengan sekeping pastry puff yang telah dikeluarkan mengikut suhu bilik. Sapukan telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit fresh milk diatas pastri.
Kemudian bakar selama 15 minit atau hingga pastri kekuningan. Guna api atas sahaja.


3 comments: