Jom makan nasi!!!!
Sebab dah brapa hari dok teringat2 udang galah..
So semalam masa kt pasar malam sempat la sambar udang galah dalam 8ekor...
Pagi td dok godek2 dapur K.Wana cari resepi udang galah ni...
Akhirnya siap jgk untuk lunch....
Maka ber'udang galah' la ngahari td....
SUMBER : Kak Wana @ Potret Kasih
6 biji telur
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
4 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk )
1 inci kunyit ( ditumbuk )
10 biji padi ( boleh tambah jika suka pedas )
2 keping asam gelugur
2 batang serai ( di titik )
daun limau purut @
daun kunyit
garam secukupnya
perasa secukupnya
Cara Penyediaan
1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair & serai ke dalam periuk.
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
4. Masukkan asam gelugur dan santan pekat kemudian kacau sentiasa agar tidak berketul-ketul.
5. Bila mendidih masukkan udang. Kacau hingga kuah mendidih sekali lagi.
6. Pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu – jangan sampai kuning telur
pecah.
7. Masukkan garam, daun kunyit atau limau purut. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
8. Hidangkan dengan nasi putih.