KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 31 May 2013

Mee Kari Special...


Selamat hari jumaat semua...
Sekarang memang mood rajin kedapur betul...
Semalam melapis...
Hari ni bikin mee kari plk...
Actually ni pestime jgk adda buat mee kari...
Tak pernah pun buat selama ni...
Mula2 risau gk takut tak jadi @ tak sedap ke apa...
Bila dah siap dan cuba,...fuhhhhhhh....melentik ibu jari okeyyy...
Tanya en somi sedap x? dia cakap dah boleh bukak kedai dh ni...
Banyak la dia punya membodekk...naik kembang vontot bini dia ni...
Tanya dia skala 1-10 brapa bintang nk bg?
9....waaa kena betul ngn selera dia..siap 2x tambah....
Terima kasih la pada tuan punya resepi ni yang cipta mee kari yang very the special....

SUMBER : noreen & noormasri

Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari ayam - dicampurkan dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.5 - 2 liter santan
100gm fish ball - dibelah 2
2 keping fish cake - dihiris
5 keping tahu kering - dihiris
200gm kerang atau mussel - direbus
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan:
sawi secukupnya - dipotong dan dicelur
taugeh secukupnya - celur atau tidak bergantung pada selera masing2
4 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili hijau - dihiris
bawang goreng secukupnya
limau kasturi secukupnya - dibelah 2

Bahan2 tumis:
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
2.5cm halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 tumis dan goreng sehingga garing dan wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, pes serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
  • kacau sehingga sebati dan pecah minyak (pastikan sampai pecah minyak dan garing barulah sedap)
  • masukkan santan, ayam dan asam keping
  • biarkan sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak barulah dimasukkan fish ball, fish cake, tahu kering, kerang dan garam secukup rasa
  • biarkan kuah mendidih seketika barulah di matikan api oven
  • cara menghidang mee: masukkan mee di dalam mangkuk dan bahan2 hiasan. kemudian tuangkan kuah kari di atasnya
  • hidangkan panas2

5 comments:

  1. salam adda..

    rajinnya masak kan..heheh..apapun, mee kari tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      sebab dok umh jer kan...nak tak nak kena la masak jugak...

      Delete
  2. Salam Adda...sedapnya klu dapat mkn mee kari...mggu ni nk buat gak seblm anak2 kembali ke sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....kalau makan ramai2 lagi best kan...

      Delete
  3. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete