KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 9 May 2013

Udang Masak Masala...Suami Idaman Isteri


Seminggu balik kampung mengundi akhirnya tuan rumah bersiaran..
Balik kampung jumpa kekawan...
Keluar segala keluh kesah kekawan ngn kehidupan masing2..
Sedih plk bila sorang member meluahkan mengenai kehidupan dia..
Bila si suami jumpa kekasih lama...Adoii parah hidup...
Perkahwinan baru nk berusia 2 tahun..
Si suami dah mula ugut2 nk cerai...
Selalu kena sepak terajang..tampar menampar ni tak usah cakap la...
Nafkah batin ntah kemana..zahir apatah lagi..
Jauhkanlah suami aku ngn sifat2 cmtu...


ok lah sekarang baru nak tayang lauk lunch tadi...
Walaupun balik dari kampung..memang terus kena masuk dapur..
Sebab En Hubby cakap bini dia ni dah cuti masuk dapur seminggu..
Dah rindu air tangan bini dia la ni...ahaksss...
Aku memang kalau balik kampung memang takkan masuk dapur..
Tak tau la kenapa..malas bukan main...


Bahan-bahan :
  • 1kg udang besar/sederhana besar
  • 3 biji bawang besar - dihiris halus
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 4 sudu besar rempah kari ikan Babas
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (ikut suka nak letak ke tak)
  • 2 ranting daun kari
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • Garam secukup rasa
 Cara-cara :
  1. Bersihkan udang. Gunting misai dan muncung tajam tanpa membuang kepala. Peram udang yang telah di bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk cili, 1 sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20 ~ 30 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris. Tunggu sehingga naik wangi, masukkan bawang besar yang dikisar dan campuran halia+bawang putih yang tinggal, rempah kari, jintan manis dan jintan putih.
  3. Apabila gorengan naik bau wangi, masukkan udang yang di peram. Sekiranya ingin berkuah boleh masukkan air sedikit. Masukkan garam secukup rasa dan siap untuk di hidangkan.
  4. Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7 - 8 minit dan 3 - 6 minit untuk udang yang sederhana besar.

6 comments:

  1. tengok lauk tu sedap dah .. terasa nak makan nasik lagi walaupun dah makan. tapi bila baca cerita bawah udang terus tak lalu. geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda pun bila tgk lauk pauk umh k.mala lapar je manjang...memang sakit hati sgt ada laki cmtu..tp tula kita hanya bleh nasihat jer..nk lebih2 rumahtangga orang..

      Delete
  2. bestnya tgk udang tu adda, akk masuk list dulu ye, thnx...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..nanti bila dh buat jgn lupa anta kt sini ckit..kihkih

      Delete
  3. udang...tak tolak ni...tolak je masuk mulut he he ehh

    ReplyDelete
  4. hehehe..betul tu k.Amie..nasib baik xde allergic..kalau x rugi...hihihi

    ReplyDelete