KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 27 May 2013

Rendang Kerang...


Dah lama dah dok fikir nak buat rendang kerang nih...
So hari ni jadi la gk merendang...
Semalam suruh en somi g cari kerang..
Kalau bab barang2 basah ngn sayur memang aku serah kat en somi jer..
Dia lagi cerewet dari aku bab pilih2 ni...
Kalau aku yang pilih konpem kena bebel...
Ni tak segar la..ni la...tu la....
Tanya en somi pernah makan rendang kerang tak?
Dia cakap boleh ke kerang wat rendang...
Naper plk tak boleh...siput sedut pun boleh la ....hahahhaha...
KEmain merepek bini dia...


bahan-bahan
2 kg kerang direbus dan dikupas

 
bahan-bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi

 
lain-lain bahan
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bahan perisa secukup nya
daun kunyit dihiris halus

 
cara buatnya
1) masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, rempah kari kedalam kuali...masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
2) biar sehingga rendang agak kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa....kemudian masukkan daun kunyit...kacau sehingga rendang kering (terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).

8 comments:

  1. Hee sedap nj. Sejak dulu nak buat Rendang Kerang tp smp looni tak dibuat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...slow2..ada masa bleh buat..

      Delete
  2. alahai sedapnya rendang kerang. telan air liur ja la .. tak da kerang kat sini.

    ReplyDelete
  3. assalam
    emmm sedap kan rendang kreang
    akak skrg kena mkn kerang he hee baru lepas wat masak lemak
    tp malasnya bab kopek kerang tu he heee
    hantar sepiringlah boleh ha haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...
      nape? akak jenis kurang darah ker?
      betul tu bab kopek kerang tu alahaiiii...
      rasa cm nk tertido smbil kerang di tangan...

      Delete
  4. Kena cari nasi impit ni... nak cicah dengan rendang kerang... daaaappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la kan k.amie..pastu pasang lak lagu raya....hihiih

      Delete