KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 20 May 2013

Nasi Kerabu Percubaan...


Alhamdulillah lutut ku makin okey..
Tapi masih terhinjut2 lagi...
Nak pergi belajar keta untuk lesen pun xbleh lagi..
Yer la kaki ku tak kuat lagi nak tekan clutch tu...
Semalam dah gantung periuk kuali semua kat dapur...
Hari ni dah mula menjalankan operasi nasi kerabu..
1st time buat nasi kerabu...
Ok la untuk percubaan en somi ckp...
Dia cakap kelapa tu kurang kick ckit...
Dia cakap lagi best guna kelapa muda...
Lagi la rasa lemak2 ckit...
Mana den nak cari kelapa muda kt kl nih..
Kalau kt kampung bleh la panjat....
Ulam-ulam pun guna apa yang ada jer kat umah...

SUMBER :  Resepi Raidah

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras
5 cawan @ secukupnya air
2 helai daun limau purut
1-2 titik pewarna biru
1 batang serai ~ diketuk
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

~ Cuci beras sehingga bersih. Masukkan semua bahan dan juga air dan masak seperti memasak nasi biasa.

Serunding Kelapa Ikan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
1 cawan kelapa parut
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
1 batang serai ~ dihiris halus
1 cm halia ~ dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula

Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan dan dibakar sehingga masak Kemudian asingkan tulang dan ditumbuk ssehingga halus.
2. Bahan2 yg dihiris halus digoreng tanpa minyak sehingga layu dan kering. Kemudian angkat dan ditumbuk halus.
3. Goreng pula kelapa sehingga perang
4. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

Kuah/Sambal Lemak:
Bahan-bahan:
1 sudu besar cili kisar (nak pedas blh tambah lagi)
2 ulas bawang putih**
1 biji bawang besar**
1 cm halia**
**Semua bahan dikisar/ditumbuk2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam keping/gelugur
1 sudu kecil belacan 
2 sudu budu
250ml santan
Garam dan gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan masak sehingga cili betul2 masak.
2. Masukkan santan dan serai, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa, masak lagi hingga sepekat mana kuah yg dikehendaki.

Bahan Ulam:
~ Kacang panjang, kobis, timun, bunga kantan, daun kesum, taugeh atau ulam2an lain yg sesuai.
~ Makan bersama lauk seperti telur masin, ikan/ ayam celup tepung, kerepuk ikan dan lain-lain lagi.

3 comments:

  1. as-salm..thanks kak share resepi nasi krabu ni.
    sy suka sngt.
    nk buat nasi tu tak tahu mana nk cari bunga dia..

    slalu kalau nk mkan beli kat pasar malam je..

    sy amik resepi ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...sy pun buat ni pun tak jumpa jgk bunga dia..main letak pewarna jer..

      sila la ambk..sy pun ambk dr orang lain gk..

      Delete
  2. tima kasih :)

    xpa janji kita cuba dulu.. hihi
    cuti sekolah ni ada la masa.. in shaa ALLAH

    ReplyDelete