KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 30 May 2013

Agar-Agar Lapis Gula Melaka...


Konon hari ni terajin la sangat..
Tak pernah nak melapis2 ni...
Hari ni masa cam free banyak jer..
Bikin la agar2 lapis ni...
Tapi sekali ntah mamai cmne ntah kat dapur..
Sekali aku masukkan pewarna coklat dalam santan...
Apalagi hilang la warna putih tu...
So melapis la jgk ...
Last2 bila dah sejuk tak sabar aku nak nengok nya...
So ni la hasilnya...huahuahua..

SUMBER : yateasybakes @ BroRozzan

Bahan A
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam

Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna coklat (optional)

Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

 

4 comments:

  1. amboi .... rajinnya melapis agar-agar. tak pernah lagi cuba melapis agar-agar sbb tak sabaq hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. time rajin cuba la buat...kalau malas mmg tak payah ckp..pegang kuali pun malas...

      Delete
  2. salam adda..

    cantiknya agar2 lapis tu..lapisannya jelas nampak..mesti sedap jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      cantik2 gk tp fuhhh azab betul bab melapis tu..dok fikir cmne la org wat kek lapis tu..hihihi..sedap mmg sedap..sejuk kat anak tekak..ilang rasa penat melapis tu..

      Delete