KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 30 December 2014

Puff Sardin....


Lebihan pastri dr buat Chicken Pot Pie ritu....
Jadi plk Puff Sardin semalam...
Alih2 tgk ada sardin 1 tin dok dlm kc...

Bahan-bahan:

Kulit pastri
1 biji ubi kentang
1 tin sardin kecik
Rempah kari daging
1 biji bawang besar holland dicincang
2 ulas bawang putih dihiris halus
Sedikit halia dihiris halus
Daun kari
Garam dan gula secukip rasa

Cara Penyediaan:

Kentang dipotong dadu Bawang besar, bawang putih dan halis yang telah dihiris halus ditumis dalam kuali.

Masukkan daun kari dan garam.Setelah naik baunya, masukkan rempah ikan dan kacauMasukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang, biarkan kentang betul-betul empukMasukkan ikan sardin, kacau hingga kering

Isi dalam kulit pastri. Suka hati nak bentukkan cmne...Bakar dalam oven 180c selama 15min....


Monday, 29 December 2014

Ikan Cencaru Bakar......



Menu di kala malas....
Hati pun tak tenteram lgi....
Sudah 6ari xdpt kabar berita dr kg...
Makan apa la diorg kt sana....
Harap2 cukup la makan....

Tapi td member dr kg dok update dh ckp air mmg dah surut...
Semua dh balik umh...
Cuma elektrik jer yg xde lg...

Okey la jom layan resepi kala hujan nih...
Ambk dr umh CMG...
tp xwat air asam...juz smbal kicap...


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 -3 ekor ikan cencaru
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 camca teh minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)

 :- Ikan disiang bersih, tapi tak payah buang kulitnya, cuci bersih terutama bahagian perut ikan tadi. Lumur dengan kunyit serbuk, sedikit garam dan juga minyak masak, gaul rata. Perap sekejap (10 - 15 minit) dan bakar atas api bara sehingga ikan masak, anggaran 7 - 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga bakar dalam oven..



Wednesday, 24 December 2014

Doakan Mangsa Banjir...Dan Keluargaku...



Banjir yang teruk tahun ni....
Kampung aku JELI pun air semakin naik.,...
Dekat umah pun air dh makin naik...
Dah la belakang umah aku tu sungai besar...
Nama plk Sg Pergau....huhuhuhu

Pagi tadi dapat update dr mak sedara umah nenek aku dh masuk air paras pinggang/...
Nenak dan adik bongsu aku dh dibawa ke pusat permindahan....
Kul12 td dpt plk pic depan umah aku air semakin naik...,.
Sangat risau akan keselamatan keluarga.....

Ni plk dok call nenek, adik2 ngn abah...
Semua tak dapat....
Lagi merisaukan....
Smpai skrang still dok tepon lgi tak dapat...
Hhuhuhuh...
Mintk semua doakan keluarga ku dan semua mangsa banjir yang lain....


Tuesday, 23 December 2014

Sambut Kecil-Kecilan.....


Disebabkan en somi ngn Rusydi punya berday selang sehari...
En somi 19/12...Rusydi plk 20/12....
Actually nk bersalin sama date....
tapi aku lambat sgt teran...hihih...
Terlebih la beberapa minit...hihihihi
SO kita celebrate sesama la yer....
Ni sebab en somi cakap nk makan western...
So pusing2 kt Bangi...
Cubalah makan kt sini...
Not bad la...harga pun berpatutan...


Ni dua beranak xsabar nak makan...
Rusydi punya xsampai lagi..
Sibuk berebut ngn papa...
hihihih


Friday, 19 December 2014

CHICKEN POT PIE...



Dah lama dok dlm list...
Akhirnya baru dpt bikin....
Buat lebih ckit utk Rusydi bwk g umh bbysitter dia...
Bg dia merasa ngn kawan2 dia....
Aku pun bwk jgk utk bdk2 opis...
Sekali budak opis ni ckp sedap...
Suruh buat lgi,,,,
Memang tak rugi mencuba resepi nih...





SUMBER : Dapur KakJee

Bahan2

1 tin creamy mushroom soup 
1 labu bawang besar di dadu kecil
2 ulas bawang putih di ricik halus
1 keping dada ayam (direbus dan disiat2)
10 ekor udang dibersihkan dan cincang  (Kjee suka2 je letak)
1 batang carrot
1 biji kentang
sedikit lada hitam
1 tin air (tin mushroom soup tadi)
2 sudu besar minyak zaiton (boleh guna minyak apa2)
cheese (optional)
3 keping pastri puff 4x4inci (jenama kawan)
3 biji ramekins saiz 4 inci

CARA

Kentang dan carrot didadu dan rebus bersama dada ayam. Bubuh sedikit garam. Setelah masak, keluarkan ayam dan carik2 atau disiat2kan. Tos carrot dan kentang.
Panaskan minyak zaiton dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sampai layu. 
Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang. Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan carrot. Boleh bubuh frozen peas dan jugak cendawan hiris kalau suka. 
Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom soup. Isikan air dalam tin kosong itu dan tuangkan sekali sampai kacau rata. Biarkan melegak seketika. Taburkan sedikit lada hitam. Tak perlu bubuh garam sebab kalau sudha cukup rasa. Padam api.
Panaskan oven 180 darjah.
Kaupkan bahan2 yang telah masak tadi ke dalam ramekin. Isi sampai penuh. Kemudian taburkan cheese kalau suka. Kjee bubuh ceddar dan parmesan.
Kemudian tutup dengan sekeping pastry puff yang telah dikeluarkan mengikut suhu bilik. Sapukan telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit fresh milk diatas pastri.
Kemudian bakar selama 15 minit atau hingga pastri kekuningan. Guna api atas sahaja.


Thursday, 18 December 2014

Apam Tepung Gandum....


Apam tepung gandum...
Buat separuh adunan jer....
En somi tak suka sgt apam nih....
So aku ngn rusydi je dok makan...hihiih

SUMBER : ezadlieza

BAHAN-BAHANNYA :-) 
500 g tepung gandum  
3/4 cawan gula perang (brown sugar) 
2 cawan air  
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan 
Kelapa parut putih + sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA :-) 

Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. 
Tuang bancuhan yis dan kacau rata. 
Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. 
Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi. 
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. 
Hidangkan bersama kelapa parut tadi....


Wednesday, 17 December 2014

Apam Gula Hangus....


Pagi ni adik aku dok bgtau umh kt kg dah banjir...
Air sungai dah naik atas jalan raya...
Nak g mana2 dh xbleh dh....
Kena naik bot...
Kalau kat kg ujan2 cmni...
Dapat la makan apam ni panas2..
Ramai2 ngn adik2...
Syoknya....

SUMBER : Ibu Haiqal

Bahan-bahan 

 2 biji telur 
 1 cawan gula pasir 
 1 cawan air 
 1/2 cawan minyak masak 
 2 sudu besar marjerin  
 2 sudu besar susu pekat 
 1 sudu teh soda bikarbonat.
 1 1/2 cawan tepung gandum. 


Cara-cara :
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. * ibu haiqal guna acuan muffin kecil - masak selama 15 minit
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 


Tuesday, 16 December 2014

Bingka Labu Berjagung....


Ni kejadian ari minggu baru nih...
Kebetulan ada beli labu sebijik buat gulai lemak putih...
So bakinya bikin bingka ni la....
Tak rugi mencuba yer...
Bikin malam...pg esok dh jamu utk bekfes...
Tengahari dh hbis....
Tp anta la kt umh jiran depan ni sepinggan..hihiihih...

SUMBER : Siti Delima 

Bahan-bahan :
380 gram labu manis - kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
4 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
150 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla 
1/2 camca teh garam
3 sudu besar jagung cream dalam tin
Bijan secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 C, lenser tin berukuran 8 inci bulat dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapis adunan tadi.
3. Masukkan labu lecek, jagung cream dan esen vanilla, kacau rata.
4. Tuang dalam loyang dan taburkan bijan rata-rata. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak.
5. Bila kuih sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar.  Kemudian boleh tarik keluar dari loyang. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.




Thursday, 11 December 2014

SINGGANG IKAN.......


Waaa ni menu yg bikin selera aku...
Singgang ikan...
Lawan plk ngn ulam dan budu....
Picit cili padi letak tempoyak ckit...
Ummppphhhh....
Aku suka letak bendi dlm singgang ni....

Bahan-bahan

ikan 
lengkuas (dihiris)
kunyit hidup(dihiris)
bawang putih(dihiris juga)
bawang merah(dihiris-)
asam keping(taruk 4@5 keping)
1 camb lada hitam(takyah tumbuk)
cili padi (ikut suka la nak taruk byk mana pun)
1 biji tomato 
10 biji bendi
garam
perasa/gula

cara-cara:
masuk semua bahan2 sekaligus dlm periuk, tambah air untuk dijadikan kuah, tunggu menggelegak then baru masuk garam dan serbuk perasa.



Tuesday, 9 December 2014

SAYUR AIR CENDAWAN....


Sayur simple punya....
Sgt senang...
Cendawan cmni aku suka sgt hirup kuah dia...
Sodap wooo.....

Bahannya
1 peket cendawan tiram
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*Sedikit lada hitam
Garam dan serbuk perasa
1 cawan air ( separa dengan cendawan )

Tumbuk bahan2 bertanda * . Satukan kesemua bahan2 kedalam periuk......masak sehingga mendidih, sesuaikan rasa...siap.

Siakap Kukus Sos Tiram...


Lately rajin plk ambk pic nk msuk dlm blog nih...
Tapi masa nak update blog jer non hado...
So kita masuk la en3 satu persatu yer...
Ok siakap kukus ni resepi dr sue-hasue...
Tapi dia bikin dengan ikan terubok...
Aku kt sini mana nak cari terubok nih..
Yang ada pun siakap...
So bikin jer la ngn siakap nih...

SUMBER : HaSue

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera
1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*
1inch halia*
2 batang serai* 
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam dan lada sulah secukup rasa
->Bahan2 bertanda * dihiris halus

Cara2:
Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!

Monday, 8 December 2014

Abang Yang Manja....

Walaupun dah jadi abang tersangat la manja....

Marah ckit jer terus nangis...Lari2 masuk bilik....Then keluar plk peluk2 mama....

Dah nak masuk 3tahun tp still nk dok riba gk....mengalahkan adik...

Tido malam pun nak kena teman dulu smbil borak2...baru bleh mama masuk bilik tifdo....Papepun mama syg sgt kat RUSYDI....Mama syg semua anak2 mama.....


Friday, 5 December 2014

KEK VELVET OMBAK BERALUN KASIH...


Percubaaan pertama....
Kena improve lagi...
Oklah xleh ckp byk...
Nak siapkan keja,...nak balik dh...

SUMBER : MyR@K.Fida

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
10 sb mentega cair (100g)
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara

Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.



Wednesday, 3 December 2014

WW: Anak-Anak...








Puding Karamel....


Hah ni kejadian bila mata tiba2 xnk lelap dh bila jga kul3...
So masukkan dlm peti sejuk...
Ckp kt adik aku jgn makan lagi tau...
Aku xsempat nk ambk pic lg...
Hahahah bleh x pesan cenggitu...
Nanti balik keja baru  leh potong...
Lagipun masa tu dh sejuk...
So balik jer keja semalam..
Menggelupur bukak peti ais...
Terus operate..
Kasi ambk gmbr...
Terus ngappp...
Buruk betul perangai bini Mizi nih....hahahha

Bahan-bahan yang diperlukan :

5 biji telur 
Gula 
Susu UHT 250ml
Air
Asen Vanilla (vanilla extract)

Cara-cara :

Gula Hangus

Letak dalam 5 sudu gula dalam kuali or periuk apa2 jela. Then letak 2 sudu air. Kacau perlahan tambah lagi 2 sudu air.
kacau kacau kacau sampai jadi warna coklat gelap berkilat-kilat ... keep stirring ..tutup api, lepastu cepat2 letak dlm acuan ..jgn lambat nanti dia keras
sejuk kan gula hangus tu ... masuk peti ais pon boleh

Puding

pecah kan 3 biji telur..2 biji lagi ambik kuning telur je ... pukul telur perlahan-lahan je ... soft and smooth ..kita bukan buat kek ye, jgn nak pukul kuat2 ...
bila telur tu mcm dah rata campuran dia tu, letak dalam 4-5 sudu gula ...nak kurang lagi pon boleh, tak manis sgt kan...kacau~~
tambah kan 1 sudu teh asen vanilla supaya puding kita wangi and of course la lebih sedap !!~
panaskan susu UHT dalam periuk, but jgn sampai mendidih ... api perlahan and selalu kacau tau (^^)
agak2 susu tu dah panas, masukkan telur tadi tu dlm susu ... kacau kacau~~
lepastu masukkan susu dgn telur tadi tu dalam acuan gula hangus yg dah keras tadi ... 

.Kukus Time

sediakan lah pengukus ... 
letak acuan tu dlm pengukus 
kukus dlm 45min...


Tuesday, 2 December 2014

KACANG PHOOL....


Bekfes ari minggu baru ni en somi request nk makan kacang phool...
Aku plk tak pernah lak makan...
Nak wat tu lagi la haru...
Dia ckp ada mmber dia tayang makan kacang phool kt johor..
Aku ckp jer la aku xreti tau...
Dia cakap cuba jer la buat...takkan nk suh dia g makan kt johor lak kan....ahakss..
Ok la sebagai isteri solehah..
Dengan gigihnya aku mencari resepi okey..
Paling mudah ofcos kat MyR...
Okey la hasilnya mcm kat atas...
En somi ckp sedap tp ada lgi yg kurang...
Ok yg mana kurang kita kasi upgrade lainx...
Okey la resepi kat bawah yer...

SUMBER : MyR@Zara_Klate

Bahan-bahan 

2 tin kacang phool - dikisar tapi tak terlalu halus
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2-3 batang lada hijau*
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
sedikit tomato puree
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak utk menumis
Bahan Tabur
bawang besar - didadu kecil
buah tomato - didadu kecil
lada hijau - dipotong serong
bebrapa biji limau kasturi - dibelah dua
telur mata lembu (telur nie digoreng dgn sedikit minyak sapi)
hiris bahan yg bertanda *

Cara-cara

panaskan minyak. tumis bahan yg dihiris berserta serbuk ketumbar dan jintan.
setelah wangi dan naik bau, masukkan tomato puree. biarkan skejap.
masukkan kacang phool yg dikisar tadi (kalo pekat taruk sedikit air). dikacau. masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
masaklah dgn api yg kecil sbentar hingga kluar minyaknye.
angkat dan hidangkan dgn bahan taburan serta telur mata lembu. dan perahkan sepotong limau.
jika suke, bleh diambil sedikit lebihan minyak sapi yg digunakan utk menggoreng telur tadi dan diletakkan di atas kacang phool.