BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan bawal
120 gm tepung jagung | dicampur sedikit garam
1 biji telur | dipukul
Minyak masak secukupnya


BAHAN SOS :-
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih - dikisar
3cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 biji cili benggala hijau

1 biji tomato - potong dadu
nenas - potong dadu
karot - hiris halus-halus
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK
1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Sos: Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili benggala, tomato, nenas dan karot. Kacau rata sehingga sebati.
7. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.