KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 20 June 2017

Roti Telur Inti Melt Cheese....


Resepi simple sahur tadi...
Sajer buat utk Rusydi dan bekalan adik dia kt umah bbysitter...
Rusydi start hari sabtu hari tu dah posa full...
Sebelum ni dok half day jer....

So pagi ni buat ni la utk makanan ringan dia...
Nasi lain....roti ni plk lain plk...
Sahur pun berselera jgk dia makan...

Makan panas best ni...
Ngan cheese meleleh..fuhh...


SUMBER : raihana vanila..

Bahan2 membuatnya: 

8 keping roti
4 keping slice cheese 
3 biji telur(dipukul dan bubuh sket garam) 
sedikit butter



Cara2 membuatnya:

1. Potong bahagian tepi roti..
2. Sediakan sekeping roti yang dah siap dipotong tepi...
3. Tepek cheese atas roti tadi...
4. Then tutup kembali dengan sekeping lagi roti...
5. potong kepada 4 bahagian...
6. Cairkan sedikit butter dalam non-stick frying pan..
7. Masukkan kepingan roti tadi ke dalam telur.
8. Balik2kan sebelah bahagian lagi.. kiranya salut semua k.. tapi masa nak salut tu.. balikkan kejap2 je.. jangan p rendam terus lama2 dlm telur tu.kang lembik sangat tak sedap.
9. Goreng dengan api yang perlahan.
10. Ulang semula semua langkah dan buat sehingga habis.
11. Balikkan roti tadi dan goreng sehingga kekuningan...
angkat dan boleh dihidangkan panas2 dengan sos dan mayonis..

2 comments:

  1. Alahai sedapnya walaupun simple jer ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya roti telur cheese. melting terus cheese tu ha

    ReplyDelete