KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 19 June 2017

Pengat Labu....



Jumaat lepas bbysitter aku ni bagi labu sebelah...
Semalam baru teringat nak masak...
So buat pengat pun sedap...
Tetiba teringin kan...

SUMBER : My Kuali

Bahan-bahanya

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana) 
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya
1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas  atau sejuk, selamat mencuba.

2 comments:

  1. dah lama tak makan pengat labu. teringin pulak bila tengok gambar ni

    ReplyDelete
  2. SA x leh makan labu...heheheh

    ReplyDelete