KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 15 June 2017

Ayam Masak Merah...



Kegemaran anak kat umah ni...
Pagi ni sahur dengan ayam masak merah jer...
Ni pun salah satu peberet aku dari kecik lagi...
Dah turun termurun kan...
Oklah xleh tulis banyak2..
Kan terliur lak...

Bahan-Bahan

1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
60 ml santan
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Hiris


5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar 
2 cm halian - dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia


Cara Penyediaan



#1: panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.

#2: masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.

#3: selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.

#4: masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.

#5: masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.

#6: angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.

1 comment: