KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 20 June 2017

Roti Telur Inti Melt Cheese....


Resepi simple sahur tadi...
Sajer buat utk Rusydi dan bekalan adik dia kt umah bbysitter...
Rusydi start hari sabtu hari tu dah posa full...
Sebelum ni dok half day jer....

So pagi ni buat ni la utk makanan ringan dia...
Nasi lain....roti ni plk lain plk...
Sahur pun berselera jgk dia makan...

Makan panas best ni...
Ngan cheese meleleh..fuhh...


SUMBER : raihana vanila..

Bahan2 membuatnya: 

8 keping roti
4 keping slice cheese 
3 biji telur(dipukul dan bubuh sket garam) 
sedikit butter



Cara2 membuatnya:

1. Potong bahagian tepi roti..
2. Sediakan sekeping roti yang dah siap dipotong tepi...
3. Tepek cheese atas roti tadi...
4. Then tutup kembali dengan sekeping lagi roti...
5. potong kepada 4 bahagian...
6. Cairkan sedikit butter dalam non-stick frying pan..
7. Masukkan kepingan roti tadi ke dalam telur.
8. Balik2kan sebelah bahagian lagi.. kiranya salut semua k.. tapi masa nak salut tu.. balikkan kejap2 je.. jangan p rendam terus lama2 dlm telur tu.kang lembik sangat tak sedap.
9. Goreng dengan api yang perlahan.
10. Ulang semula semua langkah dan buat sehingga habis.
11. Balikkan roti tadi dan goreng sehingga kekuningan...
angkat dan boleh dihidangkan panas2 dengan sos dan mayonis..

Monday, 19 June 2017

Pengat Labu....



Jumaat lepas bbysitter aku ni bagi labu sebelah...
Semalam baru teringat nak masak...
So buat pengat pun sedap...
Tetiba teringin kan...

SUMBER : My Kuali

Bahan-bahanya

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana) 
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya
1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas  atau sejuk, selamat mencuba.

Thursday, 15 June 2017

Ayam Masak Merah...



Kegemaran anak kat umah ni...
Pagi ni sahur dengan ayam masak merah jer...
Ni pun salah satu peberet aku dari kecik lagi...
Dah turun termurun kan...
Oklah xleh tulis banyak2..
Kan terliur lak...

Bahan-Bahan

1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
60 ml santan
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Hiris


5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar 
2 cm halian - dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia


Cara Penyediaan



#1: panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.

#2: masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.

#3: selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.

#4: masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.

#5: masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.

#6: angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.

Wednesday, 14 June 2017

Chicken Teriyaki....


Pestime mencuba nih...
Siyes sedap...
Walaupun rupa ke laut..
Tapi siyes rasa best...
Dah lasenang nak membuatnya....
Makan pun sedap..
Ni aku perap semalam...
pagi tadi nak sahur baru grill...
Pastu siap meratah lagi....




SUMBER : normalida

Bahan-bahan

2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian(guna ayam yg dah di potong kecik,ramai ler tak leh nak ambik yg isi aje)
3 inci halia - parut
3 ulas bawang putih - parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang-takde guna perang belasah gula pasir
1 sk garam

Cara-cara
cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.(kita tak perat tp uli2 ayam tu bg rata seme bahan2 kemudian terus masak)
Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat. 
Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi

Note~ sedap dan senang klu nak pedas pecah2 cili api masa masak memang marbeles abis lah.



Tuesday, 6 June 2017

Nasi Ayam Goreng...




























Nasi ayam goreng...
Menu berbuka semalam...
Senang bila masak camni...
Dasar pemalas kan...
Tak payah nak fikir lauk lain...


Bahan-bahan

Untuk Nasi:
3 cawan beras basmathi-cuci toskan
1 sudu makan rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair
sedikit kiub ayam
garam, lada hitam
daun ketumbar @ daun kari

Untuk Ayam:
6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
1sk Serbuk kunyit
1sb Serbuk kari
Garam

Cara-cara:
Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.