KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 22 September 2014

Kek Oren Blended Lagi.....


Semalam ada sedara nk dtg..
So ni la resepi kek yg sgt senang dan cepat..
Main cmpak dlm blend jer...
Tak smpai 15min jer penyediaan...
Sedap pun seddap..


SUMBER : sariyusa / Kak Roz

1 biji oren 
3 biji telur
1 cawan gula 
1 cawan minyak 
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder* 

Cara-cara:
Panaskan oven 180'C. Alaskan loyang bersaiz 8" dengan baking paper.
Ayakkan bersama bahan-bahan bertanda.
Buah oren dibelah dan dibuang bahagian putih (bawah kulit oren). Buang biji jika ada.
Dalam jug pengisar, masukkan buah oren yang dibelah, telur, gula dan minyak. Kisarkan sehingga gebu. (3 hingga 4 kali 'on' pun dah okey)
Kalau jug pengisar anda besar, tak perlu keluarkan bahan kisar ke mangkuk lain, terus masukkan parutan kulit oren, gaul sekejap dengan spatula kemudian masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam loyang dan bakar 50 minit atau sehingga masak (saya bakar 1 jam).


6 comments:

  1. Kek ni mmg sedap kan..tak puas mkn..yg penting nk bt pon sonang ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sy mmg suka benda2 yg senang nih..hihih...

      Delete
  2. lama tak singgah sn... akak pun suka wat resepi ni mudah sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn plk lupa yg disini udah la yer..hihiihih...betul tu mudah, cepat dan sedap..

      Delete
  3. Akk je yg blm petnah try..hihii

    ReplyDelete