KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 17 July 2013

Mee Bandung...


Dari semalam lagi dok bincang ngn en somi nk cuba buat mee bandung ni..
En somi pun ckp ok jgk tp kena ada kuih byk ckit la..
Sebabnya setakat mee ni dia takut tak kenyang...
Jangan tak caya walaupun badan slim jer tp makan takkan kalah..
So hari ni memang berbuka takde nasi la...
Sebab aku nk cuba buat mee bandung ni...
Kuih pun banyak ckit la hari ni...
Ok lah tengok jer resepi kt bawah..

SUMBER : Asap Dapur

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Karot (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • fishballs



Cara memasak:
1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan daging rebus
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan fishball, sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk , telur letak diatas.
5.    Hidangkan.

4 comments:

  1. sedap juga berbuka mkn mee bandung..tp betul la..nti cepat lapar blk.. kena la stanby kuih muih lebih skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...en somi ni mmg kuat makan...mmg kena beli kuih jgk la...kalau x, xpasal2 kena masak nasi balik..huhuhu

      Delete
  2. feveret sy mee bandung ni..lagi2 yg ori dari muar..walahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nk rasa yg ori punya..nmpaknya kena g muar la yer..hihi

      Delete