KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 15 July 2013

Ikan Bawal Bersos Ala Thai...


Dari semalam dok godek2 dapur kekawan..
Lastly jadilah menu berbuka hari ni ikan bawal bersos ala thai ni dr umh CMG...
Thanks kepada tuan punya resepi kerana share resepi yg best ni..
Tak nak tulis panjang2..resepi di bawah..


 Bahan-Bahannya :-)
2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
5 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar (tak letak, sebab tak de) dan hidangkan segera....yumm yumm..


2 comments:

  1. Emm sedapnya..awal sgt bukak blog ni..ternampak gambar makanan yg sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sabar2 tggu waktu berbuka..hihih

      Delete