KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 21 July 2013

Bihun Sup Vietnam..


Hahahah...sup lagi kan umh aku ni...
Memang rumah aku ni meman ada peminat sup yg tegar...
Lagi2 ada rusydi ni..memang senang keja aku kalau ada sup..
Kejap2 suap nasi sup..kejap2 suap mihun sup...
Tapi takde la yg bercili kicap tu...
Memang bila ada sup ni dia akan makan banyak...
Actually ni pestime aku cuba sup vietnam ni...
Memang simple dan senang sesangat..
Kejap jer masak dah bleh makan...
Malam ni jer laki aku dh 2x ulang makan...

SUMBER : Kak Ina KL

Bahan Sup-Untuk sajian 2 orang
500gm daging termasuk tulang untuk dijadikan air rebusan
100gm gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air
 
 Bahan bihun
200gm bihun-rendam dengan air mendidih sekejap dan toskan.
20gm daging steak/batang pinang
3 tangkai daun sup/daun bawang-hiris halus
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)-saya buat sambal kicap
2 biji limau kasturi atau limau nipis sedikit taugeh
Sayur sawi-celur sekejap
3 biji bawang putih dan 1inci halia-ketuk sikit 
 
 
Cara-cara
1.Rebus daging dengan air untuk mendapatkan air rebusan bersama bawang putih dan halia.
2.Masukkan bersama-sama kiub ikan bilis dan ikan bilis yang telah di kisar dan masukkan juga gula dan garam. Ketepikan.
3. Ambil sedikit air rebusan daging , biarkan mendidih lalu masukkan 20gm daging yang telah di hiris tipis. Selepas tu bubuh dalam ke dalam mangkuk bersama-sama bihun/kuetiau dan sayur. Tuangkan kuah sup tadi.
4. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
5. Letakkan cili ataupun sambal kicap.

Petua Chef
  1. Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembek.
  2. Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya
  3. Guna daging berkualiti seperti daging batang pinang/daging steak kerana ianya senang masak dan tidak mengambil masa lama untuk masak.
  4. Sup Vietnam tidak memerlukan rempah ratus banyak tapi melebihkan sayur.

2 comments: