KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 17 February 2013

Apam Mekar



Fuhhh...fuhhhh...ngn tiup segala habuk ngn segala sarang lelabah..
Kemain lama tak masuk umah aku ni...
Kemain buzy..ari tu balik kampung..
Memang tak buka blog la sebabnya internet non ado kt kampung...
Gambar kemain berderet-deret tggu giliran..
So kita mulakan dengan apam ni..
Apam aku ni takde la semekar apam orang lain...
Sedih betul kan...huhuhuh...
Apam ni aku wat separuh adunan...
Tu pun dah agih kat jiran ngn babysitter Rusydi...

Sumber : Kak Azita Zain & Kak Hanieliza

 Bahan-bahan : ( Boleh dapat dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara :

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup). 
     
     

4 comments:

  1. Nak apam mekar 2 ketoi... nyam2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah sila..jgn lupa bawak teh o ke kopi sekali yer..kihkih

      Delete
  2. Replies
    1. yeker..kembang kempis dh montot diwatnya..kihkih..

      Delete