KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 26 January 2018

Kacang Panjang Tumis Kari Berudang



Pestime tau cuba resepi ni...
Cedok dalam umh kak dayang....
Kak dayang guna keledek...
So aku bantai ngn kacang jer....

Siyes resepi ni mmg sedap....
Dok ratah2 jer depan tv....
Sedap sgt....

SUMBER : dayangjack

Bahan-bahan:

200 g keledek merah (dikupas dan dipotong ikut suka tetapi jangan terlalu tebal)
4 batang kacang panjang (dipotong)
100 g udang basah (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
2 sk serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
1 sk serbuk cili (dibancuh bersama serbuk kari) - optional
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji bawang merah (dihiris)
sedikit garam 
sedikit kicap manis


Cara-cara :
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. (kalau nak letak 2-3 helai daun kari pun boleh).
Masukkan bancuhan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga separuh lembut.
Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Kacau sebati.
Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis.
Setelah masak, bolehlah angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.

Wednesday, 17 January 2018

Eggless Chocolate Cake...



Hahaha....abaikan deco yg tak seberapa tu...
Deco by Rusydi..
Katanya nak tolong...
Itu yg tetiba ada part topping yang tak kena tuh....

Sapa yang nak cuba kek takde telur ni..
Boleh la try....
Memang lembut dan sedap...
Tak rasa pun takde telur tau....
Mmg buat ni sekejap jer licin kt umh ni...
Lepas sorg...sorang yang telan....

SUMBER : Linapg

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal) 
1 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang-LiNa Pg imported cocoa powder) 
2 sudu besar susu tepung 
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) 
1 cawan gula perang 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak) 
secubit garam 
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair 
1 sudu kecil cuka atau jus lemon 

Cara-cara : 
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga (LiNa Pg bako suhu 170-175'C) Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. 

Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam) Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (50min) Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.




Monday, 15 January 2018

Puding Roti Marble Coklat...



Lama tak memuding ni...
Cuaca sejuk sekarang ni....
Cepat je puding mengeras...hahaha...

SUMBER : husnazahidi

Bahan-bahannya:

-4 keping roti putih
-8g serbuk agar-agar
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-2 c/b marjerin
-3 cawan air
-sedikit serbuk coklat Van Houten

Cara-caranya:


1.Didihkan 3 cawan air bersama setengah cawan gula dan 8g serbuk agar-agar..

2.Sementara menunggu, carik-carikkan roti putih, blend bersama 1/2 cawan susu pekat manis, 1 cawan susu cair, 2 biji telur, dan sedikit air kalau perlu.. Usai blend, masukkan ke dalam periuk tadi.. Kacau sebati.. Masukkan jugak marjerin..

3.Elok masak bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk kita marble.. Satu warna coklat dan satu lagi warna plain.. di ingatkan jika menggunakan serbuk coklat, pastikan larut dahulu bersama sedikit air supaya nanti coklat tak berketul.. selang-selikan adunan untuk membentuk marble.. Sejukkan dalam peti..

4.Dah sejuk boleh makan!! 

Wednesday, 10 January 2018

Sup Bebola Daging



SUMBER : zaralovebaking

Bahan-bahan :

3  ulas  bawang merah  -  hiris
2  ulas  bawang putih  -  hiris
3  cm   halia  -  ketuk
1  bungkus  sup bunjut
Sebungkus bebola daging segera   (saya guna jenama Ramly)
1  liter  air
1  kiub  pati daging
1  batang  lobak merah  -  dipotong kiub
1  batang  celery  -  dihiris serong  (saya tambah)
2  biji  kentang  -  dipotong kiub
Garam secukup rasa


Bahan taburan :

Hirisan daun bawang & daun sup secukupnya
Bawang goreng secukupnya 


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dah halia hingga wangi.
2.  Masukkan air dan sup bunjut, kacau hingga mesra.
3.  Seterusnya masukkan bebola daging, lobak merah, kentang dan celery.
4.  Renihkan hingga kentang dan lobak merah empuk.  Masukkan kiub daging dan biarkan mendidih.
5.  Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng.



Tuesday, 9 January 2018

Rendang Ayam...



SUMBER : butterkicap

2-3kg daging lembu, batang pinang (tenderloin) - aku tukar ngn ayam
285g bawang merah, dikupas
130g bawang kecil, dikupas
25g bawang putih, dikupas
12g kunyit hidup
40g halia tua
33g lengkuas
5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
20g serai, akar sahaja
115g gula Melaka
105g cili boh
12g serai, ditumbuk sedikit
16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
1kg santan
90g kerisik
2 sudu besar garam


Kaedah

Potong daging lembu menjadi kiub besar kira-kira 3cm x 3cm.

Kisarkan bawang merah, bawang kecil, bawang putih, akar kunyit, halia, lengkuas dan akar serai sehingga halus.

Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan terus tambahkan daging lembu, diikuti dengan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai dan gula Melaka. Kacau sehingga rata.

Kebanyakan bahan-bahan dimasukkan pada tahap ini
Bila campuran sudah mendidih, reneh dengan api kecil sehingga ia mula menjadi kering. Teruskan kacauan semasa masakan tengah reneh.

Kecilkan api untuk mereneh masakan
Tambahkan baki santan dan terus reneh dan kacau sehingga hampir kering.
Tambah separuh daun kunyit dan kerisik.

Daun kunyit dan kerisik dimasukkan terakhir
Terus kacau sehingga masakan menjadi betul-betul kering. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam, jadi bersabarlah.

Sangat kering
Bila masakan rendang sudah kering, hidangkan rendang daging dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan pulut kuning, lemang, nasi impit, nasi, atau roti putih lembut.

Kari Ayam...



SUMBER : nennie

BAHAN-BAHAN : 
1 ekor ayam 
5 biji ubi kentang yg besar 
4 cawan santan pekat 
1 peket rempah kari ayam 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 cm halia 
2 cm kayu manis - 1 batang je 
4 biji bunga cengkih 
2biji bunga lawang 
4 biji buah pelaga 
Garam secukup rasa 

CARA MEMASAK : 

1) Kupas bawang, halia dan dimayang halus , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih sehingga terbit bau wangi. 
2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. 
3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra. 
4) Perlahan api dapur dan tutup periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.