KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 29 November 2016

Paprik Special...



Haaa ni dia lauk org malas...
Semua campak jer...
Ada ayam..ada udang...ada sayur...
Gempak tak???

Bila dah xde idea ni la jawabnya...
Tak payah masak banyak2 lauk...

1/2 ekor ayam – dipotong kecil atau ikut suka
Sedikit udang
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang serai (dititik)
5 biji cili padi (dihiris)
2 biji limau kasturi – diambil jusnya 
3 helai daun limau purut – disiat2
7 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cendawan, jagung muda dan karot
air secukupnya

Cara :

panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap.
kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air.
selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran.
kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan  bawang besar.
hidang dan hiaskan..

No comments:

Post a Comment