KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 28 November 2016

Mi Hoon Goreng...



Bekfes pagi ni layan mi hoon goreng...
Resepi ni aku cedok dari umh k.Azie...
Ini pun aku ubah tang sayur ngn bahan ada kt umh jer...
Memang aku suka sgt cedok resepi kat sana...
Apa yg aku buat mmg menjadi la...
Senang pun senang...
Pastu banyak pulak masakan kelate...
Lagi la nyakut ore kato...

ok resepi kat bawah...

SUMBER : Azie Kitchen

Bahan Bahan: 
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang 
1 mangkuk karot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak 

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1/2 genggam ikan bilis - direndam 

Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. 

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak. 

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini. 

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. 

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment