KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 27 November 2014

KUIH BAKAR ROTI HARUM PANDAN....


Untuk bekfes pgi nih..
Dan bwk ckit kt opis bg member2 makan...
Tapau gk untuk Rusydi ke umh bs dia...



6 keping roti Butterscotch
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 biji telur
5 helai daun pandan
1 cawan air
2 sudu makan minyak masak 
2 cawan santan dari 1 biji kelapa ~ boleh guna santan KARA 1 kotak + air jadikan 2 cawan
secubit garam
Pandan emulco ~  jika sukakan lagi aroma pandan
Sedikit pewarna hijau ~ jika kuih kurang hijaunya
Sedikit bijan ~ untuk hiasan 

Sediakan acuan untuk kuih bakar
Sapukan minyak rata-rata
Panaskan oven pada suhu 170 C
Panaskan dahulu acuan dalam oven untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan nanti

Daun pandan di racik halus
Masukkan daun pandan dan 1 cawan air dan kisar dalam blender hinga halus
Tapis dan ambil 1 cawan air pandan sahaja

Dalam bekas yang besar, satukan tepung, telur, gula, santan, garam, minyak masak dan air daun pandan.
Kacau hingga adunan rata.
Roti di potong kecil
Masukkan roti kedalam blender dan masukkan adunan tadi, kisar hingga halus
Campurkan pandan emulco dan pewarna hijau
Kacau rata

Tapis adunan kedalam acuan yang telah dipanaskan tadi
Taburkan bijan diatasnya 
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kuih di bakar sempurna.
Sejukkan kuih atas redai setelah masak 


No comments:

Post a Comment