KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 24 November 2014

DAGING MERAH ALA THAI.....



Menu semalam...
Simple jer...
Gandingan dengan siakap stim....
Dan jugak tomyam.....

SUMBER : momotemuk

Bahan bahanya

1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
1/2 inchi halia - hiris nipis
1/2 mangkuk besar daging ( lebih jika suka )

Sedikit pewarna merah
1 sudu besar sos nampla
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar jus limau
1 helai daun limau purut
Air rebusan daging
Garam jika perlu

Caranya

Daging direbus bersama sedikit pewarna merah
Rebus sehingga empuk
Bila empuk angkat dan hiris tipis daging tersebut
Air rebusan jangan dibuang

Panaskan kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia
Masukkan daging yg dihiris bersama  daun limau dan sedikit air rebusan daging
Masukkan kesemua sos dan gaul rata
Masukkan air limau
Rasa dahulu , letak garam jika perlu
Matikan api dan sedia dihidang

4 comments:

  1. Mengancam sebab ada pewarna merah tu yg nampak menyerlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun sy letak ckit jer....tkut merah sgt kn takut lk anak nk makan..hihihi

      Delete
  2. sedapnya... tapi sos nampla tu sos ape adah..

    ReplyDelete