KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 13 January 2014

Chocolate Chips Cookies


Jangan terkejut bila aku tayang biskut ari ni....
Tangan gatal sangat nak mengukis...
Apalagi....lagipun raya cina pun nak dekat kan...
Hihihiihihih.....
Boring2 pagi tadi nak buat apa...
Yerla dok tggu citer Be Careful With My Heart....
Nak tgk Maya ngn Sir Chief...
Kejap2 tgk jam...kejap2 tgk jam...
Alahaiiii lama la plk...
So bikin ni biskut utk hadap masa tgk citer nanti....

SUMBER : Ezadlieza & K.Nor Secubit Garam

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips ddan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...

No comments:

Post a Comment