Petang tadi rajin nak membaking...
Sebab dah lama jgk aku tak wat kek ni...
Anak tekak pun dah terasa2 lg...
Dok google2 terjumpa plk kek coklat kukus lapis cheese...
Tapi umah aku takde cheese..
Kalau nk g jusco depan ni untuk cari cheese mmg takde maknanya la..
So aku pun main bantai jer...
Tawakal jer la....hiihih
Alhamdulillah tidak mengecewakan...
Sedap....rusydi pun suka...
Maybe sebab aku campak2 coklat chips kot...
Bila makan panas2 coklat dia still mencair kan...
Fuhhh nikmat wooooo.....
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 sudu kecil coklat emulco
1/2 cwn coklat chips
1 cwn tpng gandum*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan plain dan 1lgi masukkan coklat emulco dan kacau.
Penyediaannya
Sediakan loyang dan sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan plain, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan coklat dan taburkan coklat chips diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
*Kalau rajin boleh buat banyak lapisan. Aku ni memang malas. Hiihihihiih
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.