KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 15 December 2013

Blended Orange Cake....


Hari ni mood rajin ckit....
Lepas lunch tadi terus cuba buat kek ni utk minum petang...
Tengok resepi yg sangat la senang...
Main blend jer semua bahan....
So cuba la....
Alhamdulillah ok.....gebu gebas jgk kek ni....hihiih..


SUMBER : MyResepi

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 

6 comments:

  1. Senang nak buatnya ye.... sekali harung terus jadik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la k.amie...suka sgt yg senang2 ni...

      Delete
  2. kek ni mmg senang sungguh nak buat .. mmg suka cuba resepi kak fida ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu k.mala....boleh cuba lagi ni sbb bahan2 pun senang...

      Delete
  3. bahan senang dapat, nak buat pun senang. tq for sharing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlcm....nanti boleh cuba...berbaloi...

      Delete