KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 15 November 2013

Kek Coklat.....


Assalamualaikum semua....
Dah lama tak update blog ni.....
Bukan tak masak, tp mood malas mmg menggila.....
Hari ni tayang kek coklat dibuat semalam...
Ni pun request dari adik yg datang sempena cuti sekolah....
BIla datang jer byk la yg requestnya....
Ni pestime aku wat kek siap ngn topping....
Topping nya adik aku jer letak....
Mmg cmtu la gayanya bila tangan tak berseni ni....hihihihih
Takpe la nmpak buruk pun janji keknya mmg mabeles....

SUMBER : Emunnn

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self rising)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air panas
  • 1//2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA
  1. satukan tepung, serbuk koko, milo, gula dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan minyak dan kacau sebati. 
  3. masukkan pula air panas dan kacau sebati lagi.
  4. masukkan pula susu pekat dan kacau.. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati.
  5. griskan loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.. tuang adunan kedalam loyang. 
  6. kukus selama 45 minit / hingga masak.
  7. pastikan air dalam pengukus mendidih barulah boleh mula mengukus yea.

UNTUK HIASAN
  • 125gram coklat masakan
  • 3 sudu besar susu cair
  • manik warna warni
cairkan coklat mengunakan kaedah double boil  dan tuang diatas kek yang telah disejukkan ataupun suam2 kuku..tabur manik warna warni
 
 

2 comments:

  1. wah! tayang kek coklat hari ni ...

    ReplyDelete
  2. kek coklat mmg all time feveret saya...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete