KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 22 November 2013

Gulai Ikan Nasi Dagang....


Salam Jumaat semua....
Dah lunch ke semua?
Pagi ni rajin sikit memasak....
Dapat request dari en somi semalam cakap nak makan nasi dagang....
Nasib baik beras nasi dagang yg beli masa balik kampung ari tu masih tak guna lagi...
So bikin la ini nasi pada pagi ni....
Lunch pun memang makan nasi dagang la jgk....
Gulainya memang sangat sedap sebab ikut resepi K.Nor...
Balik kelantan ngn besut raya haji baru ni memang terus borong rempah gulai semua....
Sebab nak dapat rempah dia kat kl ni susah....

SUMBER : K.Nor Secubit Garam 

 Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)


6 comments:

  1. slurrppp... orang kl makan nasi dagang ye? kita kat CH ni lupa nak beli beras nasi dagang, telan liur lah dulu.. balik nanti buat kat kg...

    ReplyDelete
  2. sedapnya ... slurrpp jugak la kami pun

    ReplyDelete
  3. best!saya memang peminat tegar nasi dagang!...

    ReplyDelete
  4. yang ni memang x miss la ore kelate make nasi dage.. hihi.. lamo dah x makan .. kena pantang buat masa ni.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...mmg sedap...UJ mmg peminat tegar nsi dagang..

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan nasi dagang lagi la.lebih suka nasi krabu.hihi

    ReplyDelete