KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 9 June 2013

Donut....


 Semalam lagi dah teringin nak makan donut...
So buat la sesi menguli semalam sambil layan jurassic park...
Aku menguli pakai tulang empat kerat aku ni jer....
Menguli depan tv...depan plk en somi...
Harap dia perasan la bini dia ni dok menguli sambil nk terkehel urat tangan..
Mana la tau kesian kt bini esoknya wat balik breadmaker...ahaksss...
Verangan jap...



Ni kali kedua aku buat donut...
Alhamdulillah menjadi sangat....gebu dan lembut...
Memang berbaloi buat..Rusydi suka sangat...
Aku memang tak reti buat bentuk donut...
Tu pasal la manjang bulat-bulat jer...
Nak kena beli acuan baru bleh jadi bentuk donut...

SUMBER : DayangJack & Izah Muffin Lover


bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

 

6 comments:

  1. salam adda..

    best juga kalau dapat makan donut skang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      tu la...dah lama tak mendonat tu yg teringin tu..

      Delete
  2. lama x mendonat .. takut nak buat takut tak menjadi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la try resepi ni..InsyaAllah menjadi punyer....

      Delete
  3. assalam Adda
    sedap walaupun bulat2 janji gebus
    he heee sama lah kena menguli tangan tak ada bm he hee tp tetap lembut gebus tu yg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...
      tu la kan janji sedap di makan...
      takpe la menguli tangan pun mana tau kecik ckit lengan nih..hihi

      Delete