KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 11 June 2013

Ikan Gerang Asam...


Resepi ni dah lama dalam list...
Hari ni baru nak jalankan operasi..
Nampak macam asam pedas jer kan...
Aku pakai ikan pari jer...
Sebab en somi pergi beli ikan pari...
Lantak la kan...
Alhamdulillah sedapppp...
Kena ngn selera aku...
Tak rugi mencuba okey...

SUMBER : K.MaDiHaA , K.Amie , Chef Florence

Bahan-bahan:

175ml minyak

0.5 liter air

35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air

1 kg / beberapa keping ikan tenggiri

3 tangkai daun kesum

1 kuntum bunga kantan

2 sudu teh gula

1.5 sudu makan serbuk ikan bilis

10 biji bendi

Bahan kisar halus:

25 tangkai cili kering

300 gram bawang merah

3 ulas bawang putih

7 biji buah keras

2 cm kunyit hidup

2.5cm lengkuas

4 batang serai

1.5 sudu teh serbuk belacan

Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.

3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.

4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ikan. Biarkannya sehingga ikan masak. Sebelum dipadamkan api, masukkan kacang bendi & tunggu hingga bendi lembut.

5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.
 
 


No comments:

Post a Comment