KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 24 February 2013

Ayam Masak Bali


Hari ni mood rajin memasak...
Sibuk dok google resepi dari umah ke umah..
Lastly berkenan ngan resepi ni..
Taktau la plak macammana dapat nama bali nih..
Alhamdulillah En Hubby suka sangat ngn ayam masak bali nih..
Terima kasih banyak2 la pada penyumbang resepi ni..
Rasanya dah ramai kawan2 dh masak ayam bali ni..
Aku jer baru nak mencuba..
Tapi memang sedap betul kan..
Rasa lepas ni memang akan ada lagi la kt umah aku ni ayam bali nih

Sumber : amir said @ dapur malaysia

Bahan-bahan
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

6 comments:

  1. salam adda... agaknya resepi nie letak kicap kot..tu yang di panggil ayam bali..hehehe.. apa pon look very tempting... thxs for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agknya la kan...thanks jgk pada pencetus resepi nih..kihkih

      Delete
  2. nampak sedap la Adda ,nanti saya nak cuba buat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat nampak sedap..rasa pun sedap..memang tak rugi kalau cuba..

      Delete