KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 31 December 2013

Puding Susu Koktel......


Mood memuding dh datang....
2-3ari lepas puding roti...
Kali ni puding susu koktel plk...
Memang anak tekak nk telan benda2 sejuk je skarang....
 

Actually ari ni ada sesi makan2 kat umh bbysitter Rusydi..
So sebab malu nk melenggang pergi makan jer tanpa bawak apa2...
Kita bikin la puding susu koktel ni...
1bekas dh mmg simpan utk bawak ke sana nanti...
So hari ni rumah tak berasap....ngahri makan kt luar jer...
Malam nanti nk g sesi makan2 plk....

SUMBER : farawmdean

Bahan-bahan
1 paket agar-agar strand (tali)
1 tin buah-buahan koktel (ditapis airnya)
1 tin susu sejat
5 sudu besar gula pasir
1000ml air

Cara-caranya
Jerang air dalam periuk. Kemudian masukkan pula agar-agar. Jangan kacau hingga biarkan sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, kacau dan pastikan agar-agar tu telah hancur. 
Masukkan gula..kacau.
Perlahankan api, masukkan pula susu sejat. Kacau dan masukkan pula buah-buahan koktel (saya susun buah-buahan tu dulu)
Kacau lagi.
Kemudian..masukkan ke dalam mangkuk dessert kegemaran anda. Biarkan sehingga mengeras dan sedap dimakan ketika sejuk.
 
 

Saturday, 28 December 2013

Agar-Agar Roti....


Memuding plk yer ari ni...
Disebabkan tengok roti dah nk expired...
Ini la jadinya...
Hari ni cuaca panas...
Bila lalu jer kat anak tekak agar2 ni...
Kemain la syok rasanya....
 

Cilok kt umah K.Ayu tu..
Tapi k ayu punya versi rajin sgt...marble gitu...
Aku ni versi malas...Main tuang jer sbb nak cepat...
Masa dok letak acuan ni Rusydi dah gantung kat kaki dh merengek2..
Sebabnya dia tak sihat...
Pakej terus demam, batuk, selsema, lelah ckit...
Tu asyik nak merengek jer...
Aku apalagi...terus tuang jer sebab nak cepat...
 

SUMBER : K.Ayu Citarasa Rinduan

6 Keping roti (potong kecil)**
1 tin susu cair**
6 sudu makan susu pekat**
4 sudu makan gula pasir**
2 biji telur ayam**
2 titik Esen Vanilla**
1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air paip
3 pewarna makanan, daku memilih biru & pandan

3 sudu makan serbuk milo

 Cara menyediakan:

  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut
  2. Blanderkan bahan berbentuk ** hingga hancur. Masukkan kedalam periuk agar-agar hingga mendidih.
  3. Matikan api, asingkan kemangkuk berasingan seperti gambar diatas untuk kejadian marbel.
  4. Selang selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian hingga sejuk.
  5. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.

Thursday, 26 December 2013

Ayam Kicap Berlada Hitam...


Menu lunch hari ni....
Ayam kicap lada hitam....
Mabeles weiiiii....
1st time cuba terus terpikat....
Sodapppp sangat....
Terima kasih la pada penyumbang resepi...
Sedap bila digaul ngn nasi panas2....
Memang 2pinggan jgk la mak buyung bantai nasi...
Hiihihiihih....

SUMBER : K.Diana @ Sky Blue's Kitchen & DayangJack @ Dapurku Sayang

Bhn² 

1/2 ekor ayam ( dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak ) 
1 labu bawang besar ( dihiris bulat dan digoreng ) 
1 sudu makan biji lada hitam ( ditumbuk ) 
1 sudu makan cili kisar / cili giling 
1 sudu makan kicap pekat 
1/2 sudu makan sos tiram 
Sedikit kicap manis 
Sedikit hirisan daun sup 
Sedikit madu / gula dan garam 
Sedikit air asam jawa 
Rempah 4 sekawan ( kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga )
 
Bhn² Kisar 
 
5 biji bawang merah  
2 ulas bawang putih 
1 inci halia  
1 batang serai
 
Cara²
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula / madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!


Super Moist Eggless Chocolate Cake...


Kek ni semalam baru siap....
Tapi pagi ni dah tinggal suku jer...
Semalam sebab tergoda sgt...
Tengok bahan plk kemain la senang...
Semua ada kt umh ni....
Lagi la senang keja mak buyung....
Mak buyung suka resepi yang senang2 nih...
Topping mmg takde la yer...
Sebab ku memang malas nk buat...
Makan cenggini pun dah sedap...
 

Sebab dah tak sabar nak merasa...
Panas2 tu aku potong jgk...
Main potong jer taruk dlm pinggan..
Pastu makan la laki bini...
Laki aku suka sgt kek yg cmni..
Dia cakap tak muak...
Pastu tak manis sgt...
Tu yang aku bangun pagi td tgk dah tinggal suku..
Sebab semalam dia berjaga buat report dibantainya separuh...
Siap gtau lagi..nanti buat kek cmni lagi la..sedap.....


 bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Wednesday, 25 December 2013

Puding Mangga Kristal...


Bila dok terjah2 dapur kekawan ni...
Mula la hati mak buyung gundah gulana tengok puding...
Lastly berkenan plk nengok puding mangga kristal ni kat umh Juwita Fariz....
Untuk bebrapa hari kutahan la jgk sebab malas nk layan sgt anak tekak ni...
Tau la bila membuyung ni orang upload makanan sedap2 mula la terliur semacam...
Kejap nak makan tu...kejap nak makan ni.....
So semalam pergi la jugk ke jusco konon jalan2...
Nampak plk mangga besar2...hati dah teringin aku ambk la jgk..
Sebab besar ku ambk la 2biji....sekali timbang 2biji mangga rm28...
Makaiiii terkujat ko...mau tak terberanak aku kt situ...
Terus cancel...Tak kuasa aku nk beli mahal2...
Tu sebab en somi selalu cakap kt ku taik idung masin...
Balik umah ku citer kat dia...
Sekali dia cakap nak makan sendiri pun berkira...
Aku bukan apa kalau bleh jimat aku jimat...huahauahuah....
Tapi ari ni en somi kuar..balik td bawak 6biji mangga...
So tanpa cakap byk ku terus proses puding mangga nih....
Sejuk jer..terus ambk gmbr cmtu2 jer...
Memang selalu aku ambk gmbr xcantik apa...
Yer la camera murah...
Tapi ada aku kisah..janji aku tak ambk gmbr org lain...tak gitu!! ahaksss...
Sebesar2 tu dh tinggal 3/4 jer ko tau...
Memang aku makan sampai puas hati...hihiihih...

SUMBER : Juwita Fariz & K.Nor Secubit Garam

Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
5gm serbuk agar2
600ml air
5 sudu besar gula
buah mangga ~ dipotong kiub

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula ~ bergantung pd manis mangga
120ml puree mangga

 Cara :
  1. Lapisan berkaca (atas)
  2. Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
  3. Masak lagi hingga mendidih. Padamkan ap
  4. Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)
  1. Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
  3. Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puree mangga.

Utk membuat puding mangga kristal:
  1. Basahkan mould yg akan digunakan.
  2. Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan mangga.
  3. Biarkan mengeras bahagian atasnya.
  4. Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
  5. Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
  6. Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.

Saturday, 21 December 2013

Ayam Tumis Cili Padi....


Bila tengok gambar ni masih terasa kat anak tekak lauk semalam...
1st time buat menu ni....
Resepi ambk dr umh K.Ayu Singapore...
Tapi aku g derhaka ckit letak santan...
Sebabnya masa ngah masak tu en somi masuk dapur..
Dia cakap bg la berkuah ckit...
Aku cakap la eh dlm resepi tu kering2 la sedap...
Dia cakap cuba letak santan ckit...
So sebagai isteri yang baik ku taruk la santan bg berkuah...
Tapi xder la byk smpai masak lemak lak...hahaha
Memang sedap ko....
Berpeluh2 aku ngn en somi makan....
Kalau pedas2 ni mmg peberet dia la...
Sampai 2x tambah nasi la laki bini....

SUMBER : K.Ayu Singapore 

Bahan-bahan A:-
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 8
1 batang serai ditumbuk lumat
sedikit lada hitam
sedikit tepung beras
sedikit kunyit serbuk & garam

 
Bahan-bahan B:-
1 genggam cili padi - kisar
2 labu bawang besar - kisar
1 batang serai 
garam secukupnya
3/4cwn santan
 
Cara-cara :-
Setelah ayam dibersihkan, lumurkan bahan A ke ayam dan perapkan selama 1 jam. Setelah itu boleh digoreng ayamnya sehingga kekuningan. Bahan B hendaklah dikisar  dan serai hanya dititik. Tumis bahan2 ini jangan sampai garing. Kemudian masukkan sedikit santan bagi nak berkuah ckit. Kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalm tumisan ini. Siap untuk dimakan.jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.



 

Wednesday, 18 December 2013

Labu Goreng Tepung....


Tada......hasil menggodek dapur kekawan....
Jumpa la resepi labu goreng tepung ni....
Sebelum ni selalu masak lemak jer...
Hari ni kita kasi goreng...
Sedap....lemak2 manis gitu....
En somi cakap rasa mcam goreng ubi pun ada...
Hahahahha.....Sedap goreng rangup2.....

SUMBER : Cik Tiemah

Bahan-bahannya:
Labu kuning di kupas dan buangkan bijinya.. Potong memanjang
Minyak untuk menggoreng
Garam
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
3 tbsp tepung jagung
3 tbsp minyak
1/3 tsp serbuk kunyit
Air secukupnya
 ( kalau nak cair boleh guna 1 1/2 cawan air yer.. kalau nak pekat pula.. kurangkan jumlah airnya tu )

 
Cara-caranya:

Gaulkan labu dengan sedikit garam. Ketepikan.
Sementara itu.. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras dan garam.
Gaul sebati.. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan minyak dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
Panaskan minyak.. Celupkan labu ke dalam adunan tepung.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
Makan dengan cicah sos cili/kicap pedas. 
 
 

Tuesday, 17 December 2013

Kek Batik Coklat....


Ok dah tau kek batik aku tu nampak sememeh sangat kan...
Tapi nk tepek jgk...
Walaupun gambar tak cntik...
Maklumlah guna kamera murAH Jer....
Dok intai2 umh Sue-HaSue nampak berkenan...
Tapi naper tgk dia susun cantik....
Potong pun cantik2...
Ada tips x? huahuahuahau,....

SUMBER : Sue-HaSue

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Sunday, 15 December 2013

Blended Orange Cake....


Hari ni mood rajin ckit....
Lepas lunch tadi terus cuba buat kek ni utk minum petang...
Tengok resepi yg sangat la senang...
Main blend jer semua bahan....
So cuba la....
Alhamdulillah ok.....gebu gebas jgk kek ni....hihiih..


SUMBER : MyResepi

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 

Jom Bersenam....






Saturday, 14 December 2013

Ikan Pekasam Goreng...


Berselera weii makan nasi malam ni.,..
Sup ayam lawan ngn pekasam ngn ulam dan budu....
Fuhhh terasa bagai di kampung...
Dah lama tak kena pekasam....
Sekali kena bertambah2 nasi....
Ni pun nasib baik la ada org bagi 3ekor...
Sekali goreng dah licin....
Tersandar kekenyangan.....
Alhamdulillah.....


Sup Ayam Makaroni.....


Ni menu rusydi lunch rusydi...
Dia memang suka makan makaroni, spagheti, mee, bihun, kuewtiow...
Hari ni aku buat sup ayam jer...
Tapi untuk rusydi sup ayam makaroni....
Rasanya semua pandai buat....
Buat sup ayam...pastu masukkan makaroni...
Dah siap.....hihiih
Malas la nak letak resepi sup ayam ni...
Sebab semua konpem dah pandai buat...


Monday, 9 December 2013

Masak Lemak Cendawan Dengan Kentang.....


Dah siap untuk lunch ari ni...
Masak simple2 jer..masak lemak, goreng ikan masin, ulam2..
Mood memang semakin malas sekarang...
Padahal preggy baru 22weeks....
Tapi bila nk handle Rusydi ngn perut memboyot ni..fuhhhhh fenatt....
Masa check up ari tu scan nampak plk mcm hero lagi...
Tapi doc cakap check up lagi sekali confirmkan balik...
Kalau hero lagi mau slim melim aku pasni....
Sekarang dah boleh rasa dia dok menendang2 dh...
Masa pregnant ni part ni la yang paling dok rindu2 sekali....
Bila malam jer kemain lagi aktif sbb en somi suka bercakap...
Sama macam Rusydi dulu2...
Sekarang asal nak tido jer mesti cari papa....ckit2 papa....huhuuh...
Asal mama marah ckit jer..melolong panggil papa.....
Okey la ntah mana2 dh merepek ni...
Layan resepi kat bawah....zassssss

BAHAN-BAHANNYA :
2 biji kentang
100 gram cendawan tiram
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
2 cili merah
Garam dan gula secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Tuangkan  santan cair dan bahan yang dikisar halus hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor,serai,cili merah, kentang dan cendawan tadi, tuang pati santan dan beri perisa garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Matikan api dan boleh hidangkan..

Sunday, 8 December 2013

Ikan Masak Asam...


Lunch malam ni baru siap dimasak...
Ikan masak asam....
Actually selalu aku tengok ada yang orang buat berkuah...
Tapi en somi plk mintak kering2...
So ikutkan jer la....
Bawang mesti banyak sebab en somi suka betul kutip bawang2 tu bila makan...
Tak kira la masak apapun...


2 ekor ikan senangin sederhana besar- bersihkan, potong 2, lumur garam dan kunyit dan goreng separa garing
1 labu bawang besar dimayang
1/2 sm halia, 2 ulas bawang merah dan ulas bawang putih dihiris halus
1 cawan air asam jawa- K.An guna 1 sudu teh pati asam jawa Adabi + 1 cawan air
1 biji cili merah dihiris nipis atau dibelah 4
garam dan gula secukup rasa
 
 Cara membuatnya:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang merah, halia dan bawang putih hingga berbau wangi.

2. Masukkan cili merah dan tumis seketika. Masukkan air asam jawa. Didihkan. Masukkan ikan, garam dan sedikit gula secukup rasa. Masak Asam ni mesti ada rasa masam, manis dan masin. Gaul rata dan matikan api. Bolehlah dihidang panas-panas.
 
 

Saturday, 7 December 2013

Ikan Panggang Sambal Ala Thai...


Tada resepi hari ni....
Ikan panggang Sambal Ala Thai dar CMG...
Sesekali memanggang ikan kan...
Sedap jgk weii...
Sambal yang sangat2 sodap...
Memang tak rugi mencuba...
CMG guna 2ekor ikan kembung yang besar...
Aku plk guna ikan yang kecik jer..
Dalam 4ekor cmtu la...
Aku rasa kalau ikan pari lagi best...

SUMBER : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan 

 
BAHAN - BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong atau ikan pilihan anda
1 kuntum bunga kantan
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 helai daun limau purut, mayang halus, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Daun salad, untuk hiasan
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai, hiris halus
Secubit belacan
2 helai daun limau purut, dikerat2
 
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah sos tiram dan juga bunga kantan, terus memasak hingga sambal pekat dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK IKAN PANGGANG :- Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Panaskan non-stick pan. Letak ikan tadi dan biar sekejap, tutup permukaan pan dengan tudung periuk, kalau guna kuali ajaib macam mat guna tu, tutup kuali. Biar dalam 1-2 minit.
  3. Kemudian oles sambal tadi atas ikan hingga rata, seperti dalam gambar. Tutup kuali dan biar sekejap. Berhati2 terbalikkan ikan tadi dan oles lagi dengan sambal pada bahagian satu lagi. Bakar hingga ikan masak. Tinggalkan sedikit sambal untuk hiasan.
  4. Bila ikan masak, alih ikan dalam bekas sesuai yang dialas dengan daun salad. Lebihan sambal tadi dilumur pada ikan. Tabur hirisan daun limau purut dan letak juga belahan limau kasturi. Hidangkan panas.....

Friday, 6 December 2013

Macam Dah Takde Mainan....



Anak korang ada cmni x?
Mainan bersepah2 tapi benda2 cmni la dia nak main...
Macam Rusydi ni...
Bakul cmni pun dia nak main...
Kadang2 periuk belanga kat dapur...
Kadang2 dia suka sepahkan kasut...
Pastu susun balik panjang2....