KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 28 June 2016

Ayam Masak Kicap Lada Hitam....



Haaa sapa suka ayam masak kicap lada hitam ni??
cepat angkat tangan..
menu yang sgt simple dan senang nak masak...
pastu memang peberet seisi umah aku ni..

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

1 comment:

  1. Apa sahaja yang melibatkan ayam memang sedap...

    ReplyDelete