KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 27 April 2016

Sambal Ayam Udang Kering..



Dok tgk pic kat Dapur CT...
wow kemain mengagumkan.....
Semua makanan aku tgk terliur....
hihiihi...
So hasil godek2 kat situ nak jgk aku cuba resepi ni...
Bangun pagi tadi terus masak...
Nak bawak bekal kan...
Bawak la lebih bagi budak opis ni merasa...
Siyes sedap...
Tak rugi mencuba....


SUMBER : Dapur CT

Bahan-bahan :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ayam knorr
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil seasoning Maggi
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya :
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
5. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
7. Larutkan kiub pati ayam bersama air, kemudian tuang. Tambahkan garam secukup rasa jika perlu.
8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.


5 comments:

  1. tak pernah lagi tau buat sambal leh letak udang kering...sure sedap ni kan

    ReplyDelete
  2. menarik..campur udang kering ya..nanti nak cubalah..Insya-Allah..

    ReplyDelete
  3. Kmaz suka klu yg jenis cepat dimsak, sdp dimkn gini..mesti best kan msuk udg kering skli..

    ReplyDelete
  4. Kmaz suka klu yg jenis cepat dimsak, sdp dimkn gini..mesti best kan msuk udg kering skli..

    ReplyDelete
  5. wow... macam masak kam heong ...masuk udang kering, mesti semerbak aromanya ni.

    ReplyDelete